7 Mitos Dalam Memilih Kerjaya - All About Love

Thursday, November 8, 2012

7 Mitos Dalam Memilih Kerjaya


Ingat lagi masa sekolah dulu..beriya tak sabar mau tgu habis sekolah sebab mau kerja..Dan MV salah seorang daripadanya..Sebab tue lepas SPM MV keja di Labuan..keja supermarket…Lepas 2 sambung STPM…lepas habis keja Kedai Baju..Pas tue CafĂ©..nah MV ni terror ni kalau kamu request the tarik..heehehe…

Dan Keja kedai Emas..Sehingga meninggalkan kesan trauma dlm diri sebab kedai emas Tempat MV keja dulu dirompak..Antara hidup @ mati apabila di acukan pistol di kepala…tak mau..takut….

Tapibila sdh bekerja baru MV sedar susahnya memilih kerjaya,Ramai yang beranggapan bahawa mereka tahu mengenai pemilihan kerjaya yg sesuai dgn jiwa,minat,kebolehan,kelulusan..tetapi sebenarnya mereka tidak sejiwa dgn kerja itu.

So hari ni MV kongsikan 7 mitos dalam memilih kerja:

  1. Anggap perkara remeh-ketika memilih kerjaya perlu berikan peluang kepada diri anda utk mengenali siapa diri anda yg sebenarnya.Kerana soal kerjaya & masa depan mmg memerlukan sedikit rasa yg cerewet.Jadi jangan takut dilabel cerewet sekiranya mengambil  sedikit masa utk proses pemilihan kerja.
  2. Nasihat daripada perunding kerjaya-mmg tak salah ambil pandangan drpd perunding kerjaya tetapi harus diingat yg mereka hanya boleh memberi garis panduan utk memilih kerjaya yg tepat utk anda tp bukan laluan utk anda membuat pilihan yg betul.Keputusan terletak pada diri kita sendiri
  3. Hobi Tidak boleh Jadi Kerjaya?-ini lagi 1 pemikiran kolot..siapa kata hobi x boleh jadi kerjaya.Cthnya:anda minat fotografi & ianya boleh dijadikan kerjaya sebab bukan semua org memiliki kebolehan yg kamu ada.Kamu juga boleh enjoy dlm kerja kamu.
  4. Pilih senarai"best careers of the years"-nah jangan kamu terpengaruh dgn jangkaan begini kerana ini hanya jangkaan & akan berubah2.
  5. Sekali pilih selamanya disitu-kalau kita rasa tak serasi dgn kerjaya skg kita tdk perlu menghukum diri dgn kekal selamanya disitu sebaliknya tukarlah kerjaya anda kpd kerjaya yg lbh baik.Tapijangan terlalu kerap bertukar kerjaya sebab nnt akan buat org berfikir syarikat @ kerja anda dulu ada masalah.
  6. Tukar kerja membazir masa-Kemahiran tiada yg terbuang begitu sahaja & perlu diingat anda hanya bertukar kerja sahaja bukan tiada kerja.
  7. samakan diri dengan org lain-Setiap orang ada kemahiran,ketahanan cabaran & daya berfikir yg berbeza..plh itu adalah tidak boleh memilih kerjaya kerana hanya sebab kawan baik kita sesuai dgn kerja tersebut.Ini kerana manusia ni berbeza..jadi jangan buat keputusan berdasarkan diri org lain.
MV kongsikan apa yg MV baca dr Majalah Mingguan Wanita sebab MV rasa ramai yg memilih kerjaya seperti 7 mitos diatas...Ini mmg bukan dr pemerhatian MV tetapi drpd majalah..

MV cuma kongsikan dengan kamu semua.Harap2 dpt membantu sesiapa di antara kamu yang sedang memilih kerjaya,,

Tabung HAW

15 comments:

  1. blom cuba blom tau..jgn terlalu memilih...

    ReplyDelete
  2. dri dulu smpai skrg mau jdi cikgu..xmemilih,itu jk aku mau.ahahah XD

    ReplyDelete
  3. nk keje sendiri!!!
    xmo jadi cooliee.. :)
    apa yg akak ckp tu mmg betul pun..

    ReplyDelete
  4. deqla pulak rasa mcm nk jadi housewife jek..camne tu? haha.. kerjaya jugak la kan...

    ReplyDelete
  5. Hmmm... Tak de mitosnya dalam kerjaya kita... Semua tu kan dah ditentukan oleh NYa

    ReplyDelete
  6. dunia sekarang ni tak boleh memilih kerjaya.. bila ada peluang rebut lah peluang tu..

    ReplyDelete
  7. mitos belaka...tq kak..boleh saya guna..sbb mmg tgh nk cari kerja..mata pencarian hidup la katakan

    ReplyDelete
  8. thanks kongsi pasl ni mv... mg ia bermanfaat utk mereka2 yg memerlukan :-)

    ReplyDelete
  9. tp mmg takut pon nk tukar keje..sbb environment brubah nnt :)

    ReplyDelete
  10. sedang cuba utk jadikan hobi sebagai kerjaya. :)

    ReplyDelete
  11. zaman skang nie jgn terlalu memilih..kerjajer asal dpt duit..huhu

    ReplyDelete