2013 - All About Love

Wednesday, December 25, 2013

SHAKLEE ~ Set-set yang meletop

12:31 PM
SHAKLEE ~ Set-set yang meletop
Assalammualaikum...


CS rasa best pulak terlibat dengan dunia supplement SHAKLEE ni, dapat bantu orang dan juga dapat tingkatkan kesihatan sendiri tu yang buat diri bertambah teruja hehehe....CS sendiri da guna beberapa produk dan ianya terbukti berkesan...kalau x test susah gak nk stori kat orang,,,ye dok??? Apa yang CS dah try tu...cer citer sket....jeng...jeng *saspen la sangat*

ESP....yg ni try masa pregnant 8 weeks, ada spotting (kuar darah 5..6..kali). Terus kol member yang jual sbb dengar citer boleh tambah tenaga, bekal lebih zat, cantikkan kulit dan yg penting nak kuatkan rahim..ermm diriku sangat berpuas hati, now dah masuk botol kedua. weiii tahan lama beb, dkat 2 bulan baru habis...berbaloi kan :)

Vita-C....yang ni baru try 2 minggu tapi kesannya mashaallah...jerawat yang  tumbuh sbb alahan hamil ni mula mengecut n kering, orang tepi yang da ambil pun bg repon positif, syoknya dengar customerku sangat berpuas hati...nk lebih gempak tunggu lebih lama lagi, ialah ni bukan produk yang ada kimia so takes time sket yang penting for long term x menyusahkan kita...kan.

Ostematrix....kalsium magnesium yang fungsinya lebih dari kalsium, sbb CS memang malas minum buat susu sampai 2 kali, cukup lah ESP diwaktu pagi dan ostematrix diwaktu malam. Kaki i now dah x lenguh2 lagi dan yang bgsnya tiada masalah simpul biawak. Dulu CS memang selalu kena, tengah2 best tido tetiba kejang n kena simpul biawak ni, sekarang memang da x ada lagi....ini kesah betulllll xde tipu2 nya :)

Vitamin E....hokey yang ni beli masa belum pregnant, tetiba bila Vit E sampai memang dah x boleh makan sbb dah pregnant, masa tu beli yang loose je sbb baru nak test....minggu lepas baru terfikir nak wat apa ngan benda ni kan, dari membazir baik CS try, member kata boleh wat masker so dah 3 hari tepek kat jerawat yang tumbuh melata masa pregnant ni, amboi x boleh blah kesannya....jerawat pon kering sudah,,, sekarang masih usaha menyapu setiap malam untuk hilangkan parut sket lagi...

Apa-apa pun memang CS try...cuba...test sendiri dulu produk ni untuk lihat keberkesanannya. banyak lagi produk shaklee yang memang dah terbukti hasilnya...JOM....kita tengok2 apa yang best sgt SHAKLEE ni



1. Set Kesuburan


Membantu meningkatkan kesuburan untuk menimang cahayamata :)

 2. Set Diabetis


B-Comp...GLA Complex....Zinc Complex atau Vita C


3. Set Kecantikan


B-Comp....Vita-C dan Vita E





4. Set Menyusu (ikut bajet)




5. Set Ibu Mengandung




6. Set Berpantang / Selepas bersalin



7. Set Kurus




8. Set Gout




9. Sendi / Sakit kaki

Ambil 2 pon dah ok...Ostematrix dan AJHT

Okey lah, banyak lagi nak update tapi CS rasa cukup lah untuk kali ni...lain kali kita review produk satu persatu ye....daaa sekian adanya :)



* Harga menarik kebaboommm dari CikSally

* Tak kira dimana anda berada utara, selatan, timur dan barat....barang akan sampai ke destinasi pada  harga dan tempoh yang sama




***INI ENTRY PENGIKLANAN DARIPADA CIK SALLY



Read More

Tuesday, December 24, 2013

21-12-2013

2:38 PM
21-12-2013
Assalammualaikum


my bby gurlz
hari kedua
welcome to the world my bby ji hyo
Alhamdulillah setelah 40 minngu membawa baby didalam perut akhirnya pada 21.12.2013(sabtu) jam 7.23 pagi,Mv selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.3 kg,,setelah merasa kesakitan dr jam 12.00am lagi...

ya seorang lagi perempuan bby girl dalam family MV..hubby happy sangat,,haikalayuwani pun suka ada bby...semua sibuk duk kacau bby..wani lagilah excited smpi tidur bila bby dah tidur,,,bangun pagi awal lagi nak peluk bby...

Dan sekarang berpantang untuk kesihatan...alhamdulillah baby sangat sihat,,kuat menyusu..dan MV panggil dia Ji hyo sebab nurse cakap muka dia macam anak korea...ini penangan running man ni..hehehe

oklah nnt MV update lagi k


Read More

Thursday, December 19, 2013

Malaysia gagal ke final bola sepak sukan sea 2013

8:39 PM
Malaysia gagal ke final bola sepak sukan sea 2013
Assalammualaikum...

Kalah melalui sepakan penalti 4-3 kepada indonesia dalam perlawanan separuh akhir bola sepak suka sea tadi sekaligus menghampakan seluruh rakyat malaysia yang berharap agar emas bola sepak dapat di pertahankan...

Permainan yang cukup mencemaskan mendebarkan,,apabila malaysia hanya mampu menyamakan kedudukan pada minit ke 84 melalui tamil arasu,,,

Apakan daya sememangnya bukan rezeki malaysia apabila tamil arasu dan seorang lagi pemain malaysia gagal menyempurnakan sepakan penalti malaysia,,

Ya siapa yg tak kecewa,,sejujurnya ku tak bisa,,chewah,,apa2pu tahniah buat harimau muda kerana semangat kamu semua tadi..tahniah juga buat indonesia kerana mara ke final bola sepak sukan sea 2013.

Antara thailand dan singapura sape yang akan mengiringi indonesia ke final,,,nah kejap lagi perlawanan bermula tp mv tak tengok,hahaha


Keputusan penuh Malaysia vs indonesia 1-1(3-4 penalti)

posted from Bloggeroid

Read More

Bila Bola Sepak Sukan Sea 2013 JAdi Sebutan

5:25 PM
Bila Bola Sepak Sukan Sea 2013 JAdi Sebutan
Assalammualaikum..
UV Blog setakat 5.00 petang

keyword hari ini

Wow hari ini dalam sejarah..akhirnya MV dapat juga merasa semula UV blog MV masa aktif berblog dulu..hehehehe..tak sangka entry yang INI  menjadi entry hot kat blog MV....dan keyword pun boleh tahan banyak..tak sangka entry simple ni berjaya memberikan UV yang banyak...

KAlau ada BE mesti meletup..BE pula dah tinggal sekerat..hahahaha....apa2pun tak sabar nak balik umah tengok bola..huhu...en hubby cepatlah....bola dah nak mula tue..hehehe...


Chayok2 Malaysia...
Read More

Wednesday, December 18, 2013

Jadual Perlawanan Bola Sepak Separuh Akhir Sukan Sea 2013-Malaysia Vs Indonesia-19 Dec 2013

3:38 PM
Jadual Perlawanan Bola Sepak Separuh Akhir Sukan Sea 2013-Malaysia Vs Indonesia-19 Dec 2013
Assalammualaikum

Malaysia bertemu Indonesia dalam saingan separuh akhir bola sepak sukan sea 2013 pada 19.12.2013 jam 5.30 petang untuk merebut tempat ke final sukan sea 2013...semestinya jangan lupa temujanji kamu okey...

Yang tak bekerja untunglah..mcm MV ni sampai umah game dah start 30 minit separuh masa pertama...macam game malaysia vietnam semalam...geram juga bila tengok mutu permainan pemain harimau muda..terus hilang mood nak tengok...

Tambah2 lagi bila penyerang tak serupa penyerang....hahaha....OKS ni asyik2 TAmil Arasu...hehehe....rasa2nya siapa akan jadi kesebelasan utama Harimau Muda untuk game esok???

Adakah Rozaimi???Hazwan???Asrih Chuchu???Tamil Arasu??Nazmi???Izaq???tapi kalau lah K reuben turun lagi esok(**dia dapat main ker bukan dah pegang 2 kad kuning) janganlah buat kesilapan macam semalam dan gol sendiri masa jumpa loas...tolonglah sakit jantung tengok oh..

Kalau MV tengok nnt terberanak pula..hehehe....oh ya final bola sepak suka sea 2013 hari sabtu 21.12.2013(due date Mv)

Apa2pun buat team Harimau Muda chayok2...buktikan kamu adalah yang terbaek...okey...oh ya harap2 pengadil esok tak berat sebelah macam pengadil semalam n yang masa jumpa singapura tue...buat sakit hati jer...hehehe

MALAYSIA VS INDONESIA 
19.12.2013 
5.30 Petang 

**Mv mmg minat bola..jadikan layankan aja bebelan MV di entry ini
Read More

Tuesday, December 17, 2013

Keputusan penuh malaysia vs vietnam sukan sea 2013

7:29 PM
Keputusan penuh malaysia vs vietnam sukan sea 2013
ASSALAMMUALAIKUM..

TAHNIAH MALAYSIA KERANA BERJAYA LAYAK KE SEPARUH AKHIR SUKAN SEA 2013 BERTEMU INDONESIA,,,

KEMENANGAN KE ATAS VIETNAM 2-1 TADI SANGAT MEMUASKAN HATI WALAUPUN GOL PERTAMA HANYA HADIR PADA MINIT KE 81 SEPARUH MASA KEDUA,,,

TAHNIAH BUAT SAVINRIN...U R THE BEST BRO,,WALAUPUN MENANG MV RASA SKUAD HARIMAU MUDA PERLU MENJNGKATKAN LAGI MUTU PERMAINAN PADA SEPARUH AKHIR NANTI...

SINGAPURA PULA AKAN BERTEMU THAILAND..SO SAMA2 KITA MENGHARAPKAN KEMENANGAN DI SEPARUH AKHIR,

MALAYSIA VS INDONESIA SEPARUH AKHIR SUKAN SEA 2013..TAHNIAH HARIMAU MUDA

posted from Bloggeroid

Read More

Firman Ft. Alice - Jangan Pikirin Abang

2:27 PM
Firman Ft. Alice - Jangan Pikirin Abang

Assalammualaikum...



Korang pernah dengar lagu ni..pernah ker tak??lagu ni juga lagu kesukaan My Wani....suka betul dia dengar lagu ni..hehehehe...

MV tengah layan lagu ni sambil buat nota serah tugas sebab due date dah makin dekat..tak sabar rasanya nak jumpa baby akak adik kepada HaikalAyuWani....sangat2 excited...teruja...baby mama abah kakak & abang sangat teruja menanti kelahiran baby...

Minggu ni minggu terakhir MV bekerja...sekiranya MV tak bersalin juga pada 19.12.2013...MV mesti masuk wad pada 20.12.2013 untuk di induce,,,sebab ibu mengandung yang ada kencing manis tak boleh bersalin lebih dari tarikh jangkaan...

Tarikh jangkaan MV 21.12.2013...esok nak pergi KKIA lagi check baby..doakan semoga MV selamat melahirkan baby yang sihat & comel mcm haikalayuwani..amin
Read More

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

8:30 AM
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Assalammualaikum...

Pendapatan sampingan

Ini bukan entry riak takbur ataupun azab kubur..oppss malalut pula MV ni...ni entry saja nak kongsi pada sape2 yang berminat nak tambah2 pendapatan tanpa keluar modal...hanya dengan Facebook & blog jer...walaupun tak banyak tapi bolehlah buat tambah2 kan...

Macam MV ni join churp churp, 8share dan Nuffnang alhamdulillah ada rezeki untuk anak2...walaupun tak banyak tapi bolehlah kan...buat beli barang2 anak..hehehe...macam 8share MV dah pernah Cashout RM347.00 dan jumlah yang kat pic tue MV dah cashout Rm100 so jumlah keseluruhan dah RM 447.00...

Macam churp2 MV ada dua akaun...akuan yg suzyanna1985 tue tinggal tunggu lagi RM10.00 dah boleh Cashout...yang haikalayuwana tue baru MV aktifkan bulan lepas...kena tunggu lagi RM52.00 baru boleh Cashout...hehehe...sedang mengumpul skg ni..

Dan untuk Nuffnang MV baru je buat Cashout bulan 9 hari tue,,,dan skg dah ada RM 70.00..nak tunggu hujung tahun kot baru buat Cashout,,,hehehe,,,,

Ada yang berminat nak join ker....senang jer...just klik 

SINI untuk join 8share
SINI untuk churp churp

Kalau ada yang tak faham boleh jer tanya MV...just PM kat FB MV..so sama2 kita jana pendapatan sampingan..chayok2

Read More

Monday, December 16, 2013

Rozaimi 10 Pemain Terbaik Asia 2012

3:57 PM
Rozaimi 10 Pemain Terbaik Asia 2012
Assalammualaikum


Sumber dari Facebook 1Sabah

Tahniah buat Rozaimi Abd Rahman kerana disenaraikan antara 10 pemain terbaik Asia pada tahun 2012 oleh ESPN...Wow...berada di kedudukan 10 mmg terbaek..apatah lagi sebaris dengan pemain Indonesia Bambang Pamungkas...korang kenal kan..mustahil tak kenal....

Teerasil dangda..pemain thailand di kedudukan ke-8...mmg pemain terbaik Thailand dia ni...Sekalung tahniah buat Rozaimi anak kelahiran Bongawan Sabah...anda sangat berbakat..teruskan maju dalam bola sepak..jangan lupa diri okey...

ROZAIMI YOU ARE THE BEST 

Read More

Jadual Perlawanan Bola Sepak Sukan Sea 2013 -Malaysia Vs Vietnam 17 Dec 2013-

10:15 AM
Jadual Perlawanan Bola Sepak Sukan Sea 2013 -Malaysia Vs Vietnam 17 Dec 2013-
Assalammualaikum..

Tahniah buat pasukan harimau Muda...walaupun tak menang dalam perlawanan menentang SIngapura untuk perlawanan ketiga Kumpulan A  Bola Sepak Sukan Sea 2013,,,sekurang2nya satu mata yang mereka dapat semalam sangat2 berharga...Keputusan penuh Malaysia Vs Singapura semalam 15.12.2013 iaitu 1-1...

Tahniah buat Rozaimi kerana berjaya menyamakan kedudukan di minit2 terkahir perlawanan....nampaknya untuk perlawanan seterusnya yang mana merupakan perlawanan terakhir Harimau Muda mesti menang ataupun seri...

Kekalahan pastinya akan memadamkan peluang ke separuh akhir....perlawanan seterusnya pastinya mendebarkan kerana pertemuan dengan Vietnam pada esok hari 17.12.2013...pastinya Dato Ong Kim Swee kena buat sesuatu....

Pasukan yang turun semalam perlu dirombak...Tamil Arasu tidak mampu memberikan sesuatu untuk pasukannya....diharap OKS menurunkan Rozaimi bergandingan dengan Hazwan...(**pandai2 jer Mv ni)

Dibahagian tengah patut diketatkan lagi....perlu buat post-mortem dari perlawanan semalam...bahagian tengah lemah..cehhh cakap macam orang pakar bola sepak...hehehehe...ok esok kita tengok macam mana nasib pasukan harimau Muda dalam perlawanan terakhir kumpulan A iaitu :


MALAYSIA VS VIETNAM 17.12.2013 Bola Sepak 
 Sukan Sea 2013

perlawanan berlangsung jam 5.30 petang 


Read More

Saturday, December 14, 2013

WARIS ft JUZZTHIN - BOTINGKEK (Official Music Video)

8:30 AM
WARIS ft JUZZTHIN - BOTINGKEK (Official Music Video)
Assalammualaikum...




Lagu botingkek ni febret wani....katanya botingkek2x..so layan lah lagi waris ni walaupun lagu ni ciplak lagu omputeh...yang penting den suko(**betulkah bahasa nogori den)
Read More

Friday, December 13, 2013

Gila Seks!!!!

3:59 PM
Gila Seks!!!!
Assalammualaikum...

Sumber dari SINI
Astagfirullahalazim....itu yang mampu MV ucapkan saat terbaca artikel ni....bayi berusia 9 bulan dirogol oleh budak 11 tahun....Ya Allah budak 11 tahun dah pandai nak merogol...yang dirogol pula baru berusia 9 bulan,,,

Apa lah yang budak lelaki tue fikirkan...kecil2 dah jauh terpesong..subahanallah..menakutkan...sebagai seorang ibu MV rasa tercabar dengan keadaan pada zaman sekarang ni....

**mood ke laut bila terbaca artikel
Read More

Thursday, December 12, 2013

Senaman Mata

12:26 PM
Senaman Mata
Assalammualaikum...

Mata penting untuk kita kan..sebab tue kita kena jaga mata kita...sebab mata ni effect hati kita juga...tadi pagi sebelum gerak pegi keja sempat tengok TV....dia kongsikan senaman untuk mata...

Dan sekarang Mv kongsikan untuk kawan2 pula harap2 sudi lah menerimanya..bak kata orang sharing is caring kan....

cara2 nak buat senaman untuk mata...menurut apa yang MV tengok kat TV pagi tadi,,,mula2 gosokkan kedua2 telapak tangan kita selama beberapa minit..lepas dah gosokkan letakkan tapak tangan kat kedua-dua mata kita....

korang  rasa tak perbezaan nya...rasakan..kata uncle tue tadi...orang dulu2 mata tak bekerja sangat...sebab bangun pagi terus tengok matahari...bila matahari dah terbenam terus mata tak bekerja...

bukan macam sekarang bangun awal pagi..sampai tengah malam mata masih bekerja menghadap komputer....sebab tue kena selalu buat senaman mata..kena jaga mata..sebab kalau mata terjejas hati akan terjejas sekali....

Jadi kalau mata putih kita kuning maknanya hati kita dah terjejas...jadi sama2 jaga mata & hati kita supaya sentiasa sihat....


Read More

Tuesday, December 10, 2013

Smart bra???

4:29 PM
Smart bra???
Assalammualaikum 

Whether or not you want it, women may soon have access to a smart bra that tells you to lay off the junk food when you're stressed out.
Microsoft is developing the new bra, befitted with sensors designed to track changing moods. When you're stressed, the bra can send you an alert via Bluetooth to your smartphone.

The reasoning behind such a product? Women are more prone to emotional binge eating, experts say, and studies show that many women eat more when they are stressed out. A similar product for men also didn't work as well, since one of the sensors needs to be close to heart, theBBC reports.

"I was eating without being aware of it, but by having to log both my eating habits and my emotions, I became aware of triggers for emotional eating, and also more aware of the health (or lack thereof) in my diet," said one participant from an early trial study.

The bra is still far from production lines, battling issues such as battery life and design.

Last month news hit of a Twitter-connected bra that tweets every time it is unhooked to encourage women to self-examine their breasts. Also, last year a patent was awarded to a US firm working on a smart bra that analyzes breast heat in order to detect cancer.(sumber dari SINI)

Baca tak perenggan kedua...sensors dari bra akan akan bluetooth ke telefon..mak ai...korang nak ker pakai bra mcm ni????pergh mmg canggih sudah ni
Read More

Friday, December 6, 2013

Perginya Nelson Mandela Pada Usia 95 Tahun

4:17 PM
Perginya Nelson Mandela Pada Usia 95 Tahun
Assalammualaikum...

Wira anti-apartheid Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia pada usia 95 di rumahnya di  Johannesburg semalam selepas sekian lama mengalami jangkitan paru-paru.
NONEWalaupun Mandela sakit selama hampir setahun, namun pengumuman Presiden Jacob Zuma lewat semalam mengenai kematian bekas presiden dan pemenang Nobel Peace Prize itu telah mengejutkan rakyat Afrika Selatan.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata dunia telah kehilangan seorang yang paling berpengaruh dan berani.

Perdana Menteri Britain, David Cameron pula menganggap Mandela sebagai seorang wira terulung dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar dunia.
NONERakyat Afrika Selatan juga terkejut dengan berita tersebut. "Rasanya seperti bapa anda sendiri yang telah meninggal dunia.

"Beliau adalah seorang yang baik, mempunyai nilai-nilai yang baik untuk dijadikan ikutan. Beliau menjadi 'role model', tidak seperti pemimpin-pemimpin kita hari ini," kata Annah Khokhozela, 37.

Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan selepas 27 tahun hidup dalam penjara apartheid untuk membawa negara itu menuju kepada demokrasi.

Mandela akan diberikan pengkebumian negara, dengan bendera dikibar separuh tiang.(Sumber dari MalaysiaKini)


**Dulu masa dia tengah sakit anak2 dia dah berebut nak hartanya..kalau korang pernah baca kisah hidupnya..memang dia adalah seorang wira bagi rakyat berkulit hitam...

**tujuan entry ni bukan untuk mengangungkan beliau tetapi hanya berkongsi sedikit mengenai tokoh politik ini..sekian
Read More

Thursday, December 5, 2013

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

10:55 AM
Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM
Assalammualaikum..

Klik SIni Untuk Join
  • Buat satu entri dengan tajuk - Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM
  • Letak logo blog ini dalam entri tersebut. Pastikan ia ada link/backlink ke entri giveaway ini.

**JOm Join GA ni mana tau rezeki korang..kan3
Read More

Wednesday, December 4, 2013

Tegar -,Pantaskah Surga Untukku (Official Music Video)

3:00 PM
Tegar  -,Pantaskah Surga Untukku (Official Music Video)
Assalammualaikum...





**suka lagu ni...mendalam dan punya tarikannya yang tersendiri....dan untuk muhasabah diri sendiri juga
Read More

Nasi Lemak Homemade

1:00 PM
Nasi Lemak Homemade
Assalammualaikum...

NAsi Lemak Homemade(**Mama MV buat..)
Argh....nak makan nasi lemak ni....kakak MV post kat FB..huhu...dugaan betui..dah lama tak rasa nasi lemak homemade by mama MV..huhu...nak..tapi jauh...

Rindu masakan mama.....pergh sedapnya nasi lemak ni...sambal mengoda,,,disebalik sambal ada telur yang berselindung.....ni lah makanan febret MV...dan ni jugalah yang MV jual masa MV sekolah...

Ramai peminat nasi lemak mama MV ni..katanya sedap...mestilah sedap air tangan ibu kan.....tiba2 rindu dgn mama & bapa sebab mau 2 bulan sudah tak balik beaufort....sebab keadaan tak mengizinkan untuk jalan jauh...

Kesian kat mama sebab dia cakap dia rindu HaikalAyu...hanya telefon jadi penghubung...hari2 call...itu jer yang mampu buat....Mama..MV minta maaf bukan nda mau balik..tapi keadaan fizikal nda mengizinkan...wahal hati ini melonjak rindu dengan kamu semua....
Read More

AYu Syamirah 6 Tahun

9:42 AM
AYu Syamirah 6 Tahun
Assalammualaikum..

KEk simple untu kakak

senyum walaupun majlis family jer

tengok wani..sempat lagi menyebok
Itu dia gambar sempena birthday kakak ayu yang ke-6 tahun..MV buat kat umah jer dgn family MV and MIL & FIL...walaupun kecil yang penting Kakak gembira...Apatah lagi bila tengok kek angry bird dia...hehehehe

Dan yang paling excited semestinya wani...hahaha sebab dia dapat makan kek...mmg febret dia kek ni my wani...hehehe

Mama doakan kakak jadi anak yang solehah..berjaya dunia & akhirat....disenangi orang sekeliling....jangan nakal2 tau...
Read More

Tuesday, December 3, 2013

GA 2013 By PermataBiru

5:20 PM
 GA 2013 By PermataBiru
Assalammualaikum...

KLIK SINI UNTUK JOIN

caranya mudah aje:
1. follow blog saya: permatabiru
2. follow  : sini
3. buat satu entry, copy header kat atas nie dan back link ke entry GA 2013 By PermataBiru
4. tak nak tulis apa2 pun xpa, just tempek my banner, 
5. ajak rakan-rakan join ramai2..nak taq kawan-kawan pun boleh..
6. tinggalkan link entry penyertaan di kotak komen..
so, simple kan

Tamat: 4/12/2013..(ESOK jam 12 tgh hari)
(nak buat short GA..sebab nak settlekan before bersalin hehe...)

*pemenang akan di pilih melalui blog yang bawa traffic tertinggi
* hadiahnya..jeng..jeng.jeng..rahsia...
untuk 2 blog bertuah...

**MV dijemput join GA ni...so MV join tanda sokongan kat farah...lagipun due MV pun dah nak dekat..mana tau ada rezeki kan..hehehe..jom join ramai2
Read More

Bila wani mula menasihati

10:11 AM
Bila wani mula menasihati
Assalammualaikum,,,

Ini cerita jumaat lepas,,,kisah my wani yang semakin matang dan pintar,,bila dia mula menasihati,,mula tau mana yang baik dan tidak....

Dijadikan cerita,,mv ambil wani dari taska,,,tup tup cikgu wani yang namanya lisa(bukan lisa surihani tau,,hehe) cakap dengan wani mcm ni :

Cikgu lisa: wani nantilah cikgu pakai tudung ya,,,

Mv yang dengar terus kerut kening,,,iyalah tak faham,,blur seketika,,hehe,,korang nak tau nape cikgu lisa cakap macam tue????

Semuanya sebab:

Cikgu lisa : kak tadi wani suruh saya pakai tudung...(
senyum)
Mv: oh ya kah,,(terkejut bila tau wani cakap mcm tue)
Cikgu lisa : ya kak,wani bilang cantik lagi kalau cikgu lisa pakai tudung,,cantik macam ee wani...

See pandainya dia,,mv tanya wani betul dia ada cakap mcm gitu,,,ya wani bilang,,gegege,,,wani wani siap bagi contoh ee(
adik mv) lagi,,cantik kah ee wani,,hehehe

Semoga apa yang wani cakapkan dengan cijgu lisa membuka hatinya untuk berhijab,,mudah2an..amin

Buat anak mama,,,u are so clever n sweet girl

posted from Bloggeroid

Read More

Monday, December 2, 2013

Infiniti cinta

10:04 PM
Infiniti cinta
Assalammualaikum,,,

Ucapkanlah kata2mu dengan gurau sendamu,,
Takkan ada lagi cinta yang setara,,kau dan aku,,,

Ni lah bait2 lirik lagu zizan dgn kaka...infiniti cinta,,seriously mmg tak sangka zizan yang nyanyi lagu ni,,,sedap pula suara dia,,hehehe,,lagi pula mv trtrik dengan lirik,,

Dan yang palingbterkesan di hati ialah dua baris lirik di atas,,hehehe,,,

Sejak bila pula mv ni minat ber"rapperz" ni,,hehehe,,,korang suka tak lagu ni,,,angkat tangan cepat

posted from Bloggeroid

Read More

KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH BOLE SEPAK KEBANGSAAN 2013

9:58 AM
KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH BOLE SEPAK KEBANGSAAN 2013
Assalammualaikum 

Sumber en google
Belum terlambat rasanya nak kongsikan KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH BOLE SEPAK KEBANGSAAN 2013 yang berlangsung 30.11.2013 hari tue...
 
Jom tengok sape yang berjaya tahun ni 

Senarai Para Pemenang Majlis  Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013:

1. Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat
2. Pertahanan Terbaik: Baihakki Khaizan
3.Pemain Tengah Terbaik: Mohd Badhri Radzi
4. Penyerang Terbaik: Mohd Norfarhan Mohd
5. Pemain Harapan Terbaik: Junior Eldstal
6. Ketua Jurulatih Terbaik: Dollah Salleh
7. Pemain Import Terbaik: Marlon Alex James
8. Persatuan Bolasepak Terbaik: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu
9. Kelab Bolasepak Terbaik: KL Sime Darby
10. Kelab Penyokong Terbaik: Kelantan
11. Anugerah FAIRPLAY: PDRM
12. Pengadil Terbaik: Nagor Amir
13. Penolong Pengadil Terbaik: Sabri Mat Daud
14. Pemain Paling Bernilai: Mohd Bahdri Radzi

Tahniah sekali lagi pemain paling bernilai datangnya daripada pasukan Kelantan The Red Warrior....wow..piya  mmg layak untuk semua ni...Dan Farhan juga dari Kelantan...sekali lagi KFC terus unggul sebagai penjaga gol terbaik Malaysia..tahniah.....

Tahniah juga buat Junior eldstal...pemain harapan menggantikan rozaimi yang menang tahun lepas...kali ini pemain harapan juga dari sabah..Proud to be Sabahan kan...hehehe

Sekalung tahniah juga buat calon2 yang tak berjaya...kamu masih anatara yang terbaek..


Senarai Calon Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013  

Kategori: Penjaga Gol Terbaik
Izwan Mahbub - Lions XII FC
Norazlan Ismail - Selangor
Khairul Fahmi Che Mat - Kelantan
Mohd Khairul Azhan Khalid - Pahang
Mohd Faizal Harun - ATM
Mohd Farizal Marlias - Perak

Kategori: Pertahanan Terbaik
Baihakki Khaizan - Lions XII FC
Mahalli Jasuli - Selangor
Azizi Mat Rose - Kelantan
Razman Roslan - Pahang
Jalaluddin Jaafar - Pahang
Amiridzwan Taj Tajudin - ATM


Kategori: Pemain Tengah Terbaik
Nurul Azwan Roya - Johor Darul Takzim FC
Mohd Badhri Radzi - Kelantan
R.Gopinathan - Pahang
Amirul Hadi Zainal - Pahang
Christie Jayaseelan - ATM
Joseph Kallang Tie - Sarawak


Kategori: Penyerang Terbaik
Shahril Ishak - Lions XII FC
Mohd Amri Yahyah - Selangor
Norshahrul Idlan Talaha - Johor Darul Takzim FC
Mohd Norfarhan Mohd - Kelantan
Mohd Azamuddin Akil - Pahang
Hairuddin Omar - ATM

Kategori: Pemain Harapan Terbaik
Nik Shahrul Abdul Halim - Kelantan
S.Sivanesan - Negeri Sembilan
Junior Edstal - Sarawak
Mohd Nasir Basharudin - Perak
Nazmi Faiz Mansor - Selangor PKNS FC
K.Reuben - ATM

Kategori: Ketua Jurulatih Terbaik
V.Sundramoorthy - Lions XII FC
Bojan Hodak - Kelantan
Dollah Salleh - Pahang
B.Sathianathan - ATM
Robert Alberts - Sarawak
Ismail Zakaria - KL Sime Darby FC


Kategori: Pemain Asing Terbaik
Obinna Nwaneri - Kelantan
Dickson Nwamuso - Kelantan
Mathia Ruben Conti - Pahang
Marlon Alex James - ATM
Patrick Ronaldinho Wleh - Selangor PKNS FC
Karlo Primorac - KL Sime Darby FC

Sumber daripada sini

Read More

Sunday, December 1, 2013

Happy Birthday Ayu Syamirah

12:00 AM
 Happy Birthday Ayu Syamirah
Assalammualaikum..

Selamat hari jadi ke-6 tahun
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu 
Allah selamatkan kakak Ayu
Allah selamatkan Ayu Syamirah

Selamat hari jadi kakak Ayu....Nah 6 tahun sudah..tahun depan darjah satu....nanti kakak sampai dari Ranau kita potong kek okey,,tapi kurang lah meriahnya sebab Abang haikal nda ikut p KK kan...

Nda sabar mau jumpa kakak....5 hari sudah nda jumpa anak mama ni.....rindu...rindu abg juga tapi apakan daya...

Selamat hari jadi sayang..semoga jadi anak yang solehah,menjadi kebanggaan babah & mama....belajar rajin2..dengar cakap..sentiasa menyenangkan hati orang disekeliling kakak...

HAPPY BIRTHDAY MY AYU SYAMIRAH 
Read More

Saturday, November 30, 2013

Hulurkan Bantuan anda kepada mangsa taufan Haiyyan Bersama Nuffnang

8:30 AM
Hulurkan Bantuan anda kepada mangsa taufan Haiyyan Bersama Nuffnang
Assalammualaikum....

Hulurkan Bantuan anda kepada mangsa taufan Haiyyan Bersama Nuffnang...kalo korang perasan bila bukak nuffnang ada button ni kan

Haiyan Donation
Pinjam Nuffnang
Korang dah teka ker button tue...ka;au belum jom bersedekah mana yang mampu dengan hati yang ikhlas.....MV..kak aima dah....jom sama2 kita membantu.....

Jom bantu mangsa haiyan
Ni bukan entry riak takbur cuba entry perkongsian bersama..manalah tau dapat membuka hati orang diluar sana..walaupun nilai RM% itu kecik tapi kalau ramai nilaikan akan berganda..Insyallah..


Read More

Friday, November 29, 2013

Anugerah Skrin 2013(ASK 2013)

5:05 PM
Anugerah Skrin 2013(ASK 2013)
Assalammualaikum...


Sumber Dari SINI
Anugerah Skrin 2013(ASK 2013) akan berlangsung hari ni...29.11.2013 bersamaan jumaat....dan semestinya tengok ni sebab MV nak tengok Nad zainal first time jadi pengacara..lepas tue bergandingan pula dgn Faizal ismail(FBI).....tak kurang juga dengan Awal ashari...mesti mantop...

Last year dgn nealofa tak best sangat..amboi punya main banyak songgeh MV ni..pastinya malam ni peneman setia MV adalah My wani....sebab My HaikalAYu kat ranau....so layan ASK dengan wani lah..

PAstinya kita nak tau sape pemenangnya kan..SO jom tgk malam nnt k....kat TV3 jam 9.00 malam ni
Read More

Tarian Sumazau KAnak-Kanak Tabika Kemas KPKPS sabah 2013

7:30 AM
Tarian Sumazau KAnak-Kanak Tabika Kemas KPKPS sabah 2013
Assalammualaikum...




Ni tarian sumazau...abang haikal jadi ketua untuk persembahan ni...persembahan time konvokesyen hari tue...berbakat juga anak sulung MV ni....

Hari tue janji nak up;oad video kan..so jom tengok video ni......mana tau korang suka..hehehe


**Mood rindu kat abg haikal & kakak AYu
Read More

Thursday, November 28, 2013

Simple GA - 3D Puzzle

11:56 AM
Simple GA - 3D Puzzle
Assalammualaikum..

Simple GA - 3D Puzzle
Syarat-syarat GA

1. Follow blog aku ni...
2. Like page facebook aku... ade kat blah kanan atas blog aku ni...
3. Follow instagram aku.. cari lan_careno dalam instagram... yg ni tak wajib pun... nak follow ke tak sukehati...
4. Buat entry tajuk : Simple GA - 3D Puzzle
5. Dalam entry tu, letakkan gambar sample puzzle yg aku bagi kat atas tu dan backlinkkan ke sini... kiranya gambar tu mcm banner rasmi utk GA ni laa... kononnya... aku malas nak creat2 banner lain...
6. Tinggalkan link entry korang kat entry ni...

TARIKH TUTUP ADALAH 29 NOVEMBER PUKUL 12 TENGAH HARI


Itu jer... simple kann... kalau boleh korang citer la skit dlm entry tu knape nak 3D Puzzle ni... korang dah biase buat ke belum atau tak pernah tgk pun 3D Puzzle ni mcm mana... kalau dah penah buat boh la gambar skali... ni juz optional la kalau nak citer... sajer la aku nak tau kot2 ade org yg sama hobi mcm aku ni... boleh share2 hobi ni kan... kalau mls sgt juz tempek banner rasmi GA ni pun dah cukup dah...

Hadiah dia adalah seperti gambar di bawah ni... Hadiah dah pun dlm simpanan aku... tunggu nak pos jer...

InsyaAllah kalau sambutan utk GA ni luar jangka, aku akan tambah hadiah puzzle...

Cara pemilihan pemenang utk GA ni adalah dipilih sendiri oleh Akiff... mcm yg pernah Akiff buat sebelum ni... nak tgk mcm mana Akiff pilih boleh tgk kat entry sini... tapi pemilihan kali ni aku rekod dgn keek skali sbb nak tunjukkan ketelusan aku dlm memilih pemenang... nnti boleh tgk video Akiff pilih pemenang melalui keek... haaaaa... alang2 dah sebut keek ni kannn... sape2 yg ade kik tu boleh la follow aku... hahahaha... try search lan_careno kat keek tu... mostly video keek aku citer pasal Akiff jer la kannn...

Okeh... tu jer... kalau korang yg berminat nak sponser hadiah utk GA ni boleh roger aku k... (ade ker?... hahahha...)... mane la tau kot ade extra gift utk korang kannn...


Daaaaannnnnnn... tibe2 ade idea baru ni... sesiapa yg joint GA ni aku akan masukkan dlm blog list khas yg akan aku buat nnti... bloglist tu akan stay kat side bar blog aku ni untuk selama mana yg aku nak... sesuke hati aku...

***BETUL2 copy dari penganjur..hehehe... MV nak puzzle 3d ni sebab MV nak bagi hadiah kat MY HAikalAYu...depa suka sangat benda mcm ni....lagipun MV sendiri pun excited tengok 3d puzzle ni..harap2 ada nasiblah kan.,...hehehe.....sebab due date nak dekatt dah ni..

Jom Join Ramai2 DI SINI

Read More

Sandiwara cinta-cover by wanrul puppet

11:33 AM
Sandiwara cinta-cover by wanrul puppet
Assalammualaikum....



Ni juara Mimpi Ke bintang yang pertama..wan rull puppet....suka tgk puppet dia nyanyi

Read More

Wednesday, November 27, 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

10:46 AM
Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Assalammualaikum,,,

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.
Read More