January 2016 - All About Love

Sunday, January 31, 2016

Jodoh

7:30 AM
Jodoh
Assalammualaikum....

copy dari facebook

Suka dengan kata-kata ni...ada jodoh tak semestinya bahagia...berpisah tak semestinya menderita.Benar kita bercinta bagai nak rak..bila dah berkahwin last2 tak sehaluan..tak sependapat....

Jalan penyelesaian berpisah.Tak semestinya berpisah itu derita..Meneruskan itu lagi menderita adalah lebih baik berpisah dari terus merana.Insyallah pasti ada yang lebih baik menanti kita kan.

Buat sesiapa yang pernah atau sedang mengalami perkara ini..Buat lah keputusan yang sebaiknya.
Read More

Saturday, January 30, 2016

Apa Kata Orang

8:00 AM
Apa Kata Orang
Assalammualaikum...


Jumpa kat FB
Orang kita kan...susah nak puaskan...bila tak kahein tanya bila nak kahwin.bila sdh kahwin tanya bila dah ada anak.

Ada anak seorang tnya lagi bila nak tambah..kalau dapat anak bukan sepasang bising...bila ramai orang pun bising...

Eh ni excident ker???pelik betul2 pelik....dulu MV selalu kena macam ni..geram jak...bila sudah lali dengan soalan tu MV biarkan jer..Sebab bukan semua orang tu dikurniakan zuriat.ada yang berusaha mendambakan tapi belum ada rezeki.

Perancangan Allah tue kita bukan tau kan..So untuk orang yang macam ni.Tolong lah jaga hati dan perasaan orang lain.
Read More

Friday, January 29, 2016

3 Perkataan Yang Buat Perempuan Tersenyum

7:30 AM
3 Perkataan Yang Buat Perempuan Tersenyum
Copy Dari FB
Assalammualaikum....

"I LOVE YOU"

"Aku Terima Nikahnya"

"Awak Dah Kurus"

3 perkataan ni akan buat seorang perempuan tersenyum.Betul Macam MV..MV akan senyum kalau orang cakap "Wah kurus sudah ko" tapi jangan tegur " uik gemuk sudah ko" confirm naik angin ahaha.

I love you ...tipulah kita tak suka semua ungkap kata2 ni...perempuan ni mendambakan seorang yang romantik kan..walaupun MV dapat semua yang bukan jenis bagi bunga.Alhamdulillah ungakapan tue...sentiasa diucapkan....


Kalau kamu ...kamu suka kah tidak bila dengar 3 perkataan ini?
Read More

Thursday, January 28, 2016

Selamat Hari Lahir Mohamad Haikal Faiz 9 Tahun

9:40 AM
Selamat Hari Lahir Mohamad Haikal Faiz 9 Tahun
Assalammualaikum...


Selamat hari jadi abang
Selamat hari lahir my only hero...semoga dikurniakan kesihatan yang sempurna.Menjadi anak yang soleh dan berguna kepada semua.Jangan nakal2 tau..Jadi lah abang yang terbaik buat adik-adik...

With Love #mamababahayuwanimimi...

Happy birthday 

Sannah Helwah 

Semoga abang akan terus berjaya dalam dunia & akhirat.Amin



Read More

The Power Of Family

7:30 AM
The Power Of Family
Jumpa dari FB
Assalammualaikum...

Family First.Biasa kita dengar kan...Ada yang setuju ada yang tak.Tapi bagi MV keluarga paling diutamakan...urusan kerja kedua.Walaupun MV seorang ibu isteri yang bekerja Mv rasa keluarga tue lebih penting.

Bukan kerja tue tak penting tapi MV rasa keluarga tue buat kita melupakan masalah kita buat seketika.Kita stress kat tempat kerja bila balik rumah pasti nya kita lupa urusan kerja tu seketika.

Maaf ya kalau bos2 MV rasa MV kurang penglibatan sekiranya perlu outstation.Sebab di usia anak2 MV skg mereka lebih memerlukan seorang ibu yang menyediakan dan melengkapkan hidup mereka.

Orang cakap jika kita terlepas meluangkan masa dengan anak2 ketika usia mereka 12 tahun ke bawah...kita akan kerugiaan.

MV rasa ianya betul..korang pula macam mana...
Read More

Wednesday, January 27, 2016

Lazada Chinese New Year Red Hot Sale 2016

10:03 AM
Lazada Chinese New Year Red Hot Sale 2016
Assalammualaikum...




Pagi-pagi lagi datang ofis my oficemate sibuk dah bershoping online di Lazada..sale katanya sempena Chinese New Year..bila MV tengok...wow memang sale habis ni....bayangkan jer pampers Drypers pun berbaloi2 kalau beli..anak MV pakai huggies jer..so siapa yg guna drypers bolehlah beli...


printscreen dari web lazada
korang apa kata tengok..sale ni sampai 8 Februari...MV terminat kat permainanan kanak-kanak...nanti lah usha...jap lagi nak masuk meeting...petang sikit kita BW ok....
Read More

bila jadi iBU

7:30 AM
bila jadi iBU
Assalammualaikum...

Serius memang betul
Ini bukan dari pengalaman MV sebagai seoarang anak tapi ini pengalaman MV sebagai seorang IBu..Serius.Bila MV nak panggil abang atau kakak...MV akan terpanggil nama yg lain dulu...

misalnya nak panggil kakak ayu...mv panggil abg haikal..kadang2 suami bising juga...bila anak2 xda kat umah..tinggal mimi seorang pun MV buli panggil nama anak yg xda kat rumah...

itu tandanya..anak2 sentiasa ada dalam otak & hati seorang mak.Korang macam tue juga ker?
Read More

Tuesday, January 26, 2016

BR1M 2016 Dah Dibayar

3:51 PM
BR1M 2016 Dah Dibayar
Assalammualaikum....

BR1M 2016 Dah Dibayar hari ini pada pemohon yang sudah berkahwin.Suami MV tak dapat lagi tapi bapa MV punya dah masuk tadi.Bapa guna account bank BSN untuk Br1m ni.

Kalau buat semakan status kat SINI .Status bapa MV masih dalam proses tapi hari ni dah terima pembayaran pertama.

Ada yang ckap kalau semakan status permohonan dalam proses maknanya permohonan positif.KOrang yg mohon Br1m guna acc BSN rasanya boleh check dah masuk duit atau belum.

Untuk penerima bujang ada yang dah terima minggu lepas lagi kan....Sapa yang dapat Br1m Tu belanja MV hahaha...gurau jak


Read More

Musim Sakit

10:53 AM
Musim Sakit
Assalammualaikum....
cuti sekolah kelmarin sebab dua2 still sakit perut
Sekarang dengan cuaca yang tak menentu senang nak diserang penyakit..ini cerita my kembar tahun...cirit birit dari jumaat lepas lagi.alkisahnya kantin sekolah mereka ni ditutup sebab ada kes keracunan makanan...

bila kantin sudah tutup..budak2 kena bawa bekal dari rumah..ok fine..MV memang bawakan bekal dari rumah...tapi yg spoilnya pengusaha kantin ni pergi jual kat luar sekolah pula...

si abang ni pegi beli minuman pula...berulang kali kita pesan..jangan beli dulu smpi kes keracunan makanan selesai..tapi erm..budak2....hari jumaat balik terus muntah2..cirit birit...

berkampung di wad kecemasan hospital likas semalam 
bawa ke klinik permai polyclinic...ubat makan tapi kondisi abg makin teruk...lepas sekolah agama..MV tengok dua2 pucat...terpaksa bagi cuti sekolah rendah...cuti awal tahun sebab kesihatan....petangnya MV tengok kakak dah sihat....
peace juga walaupun sakit 
abang pula still mengadu sakit dalam jam 8.30 mcam tue bawak ke kecemasan likas tapi oleh kerana ramai sangat orang jam 10 baru dapat jumpa doctor...doctor admit kejap kat kecemasan sebab nak check darah dan kencing....

dalam jam 12.30 macam tue baru kami balik...kalau sakit lagi dtg semula..bila kat rumah pula sekali tengok mulut kakak bengkak...tanya kenapa..abah dia pun x tau..sebab dorang tidur di keta sambil tunggu MV dan abang...

hari ni...dua2 cuti sekolah agama dan rendah.....doakan anak2 MV cepat sembuh ya...
Read More

Stok Mineral Coffee

7:30 AM
Stok Mineral Coffee
stok smpi bulan 2

Assalammualaikum...

Semakin hangat dan laris mineral coffee sekarang ni..Macam di Sabah ni di stokis jer nda sampai sehari abis suru bersih licin.Nasib baiklah MV sempat minta bantuan punchkan 2 kotak Mineral Coffee ni untuk kegunaan sendiri.

Sejak ambil mineral coffee ni gastrik dan magrain MV dah tak menyerang.korang ada tak yang ambik Mineral coffee ni juga..meh lah share apa yg korang suka dengan coffee ni
Read More

Monday, January 25, 2016

Isteriku 120 kg -Siti Nur Dhuha-

10:11 AM
Isteriku 120 kg -Siti Nur Dhuha-
Assalammualaikum...

pinjam google
INI wasiat yang paling gila dan tidak masuk akal! Itulah yang bermain dalam fikiran Aiman Zafril apabila Nenek Masyitah mahu dia berkahwin dengan Nelydia yang gemuk dan tiada apa-apa keistimewaan. Dia tiada pilihan. Perlu berkahwin jika mahu harta menjadi miliknya. Setelah bergelar suami kepada Nelydia seberat 120 kg itu, Nenek Masyitah membuat onar lagi. Mahukan cicit! Jika tidak, jangan harap Nenek Masyitah akan memberikan harta. Gelap hitam dunia Aiman Zafril. Bagaimana dia mahu menyentuh Nelydia sedangkan melihat wanita itu sahaja tekaknya sudah loya? Nenek Masyitah pula makin hari makin mendesak mahukan cicit. Ah, bingung jadinya! Tetapi, lain pula bagi pihak Nelydia yang berasa cukup bertuah kerana dapat menjadi isteri kepada lelaki kacak dan kaya seperti Aiman Zafril. Namun, sukar sekali untuk membuatkan Aiman Zafril jatuh hati kepadanya. Untuk terus menjadi isteri Aiman Zafril demi mengecap kemewahan, Nelydia perlu memberikan zuriat buat lelaki itu. Nelydia buntu dan keliru. Perlukah Nelydia berkorban sejauh itu?(sinopsis belakang Novel)

Korang dah baca novel isteriku 120 kg?tengok tajuk macam best...tengok penulis lagilah best.siti nur dhuha tu.sapa tak kenal kan.Banyak novelnya yang hits.Tapi untuk novel yang ni MV tak berapa nak best lah.

Sebab bahasa,jalan cerita,watak yang digambarkan dalam novel rata2nya kasar.Maaf ya buat penulisnya.Jalan ceritanya tak hebat.Bukan tak suka..Suka cuma sepanjang MV terganggu dengan penggunaan bahasa..

Korang yang dah baca.Apa korang punya komen?
Read More

Sunday, January 24, 2016

My Small World

7:30 AM
My Small World
My Small World
Assalammualaikum...

My Small World ..My Everthing....10 tahun melayari alam perkahwinan....Semoga semuanya dipermudahkan..

Semoga sentiasa bersama..dimurahkan rezeki..dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan.Amin


Read More

Saturday, January 23, 2016

Bila Anak Mula Mengomen

7:30 AM
Bila Anak Mula Mengomen
Assalammualaikum...
no eyeliner 


with eyeliner
Anak saya bilang "Wah mama makeup hari ni..." hahaha memang hari2 makeup pun cuma hari ni rajin sikit pakai eyeliner...itu lah kali dia nampak lain....

Belum lagi kemarin malam..dia buat homework...overweight ertinya berat berlebihan..hihi..macam mama dulu dia bilang....skg tidak sdh...

Laser betul mulut anak gadis bernama AYu Syamirah ni...siap senyum2 lagi kasi kena mama....

Ini status MV di FB khamis lepas.....hahaha...memang si kakak ni suka kenakan MV....overweight dia bagi contoh MV dulu..sebab skg dia bilang mama nda gemuk sdh..mama kurus..perut kempis...

Iyalah dulu mamanya berat 73kg skg hampir 3 bulan berusaha turun lah ke 65 kg....itupun lagi 10 kg nak trunkan ke 55kg...Insyaallah akan usaha....korang doakan ya....
Read More

Friday, January 22, 2016

THE EARTH HOUR 2016 NIGHT WALK

3:47 PM
THE EARTH HOUR 2016 NIGHT WALK
Assalammualaikum...

THE EARTH HOUR 2016 NIGHT WALK menarik kan bunyinya...berlangsung di dua tempat iaitu petaling jaya dan Penang ....
Sumber dari SINI

sumber dari Sini

Tarikh tutup penyertaan online pada 15 Feb 2016..sapa2 yang berdekatan boleh lah join...support earth hour dalam masa yang sama kita bersenam....
Read More

Ubat Gigi Marine Essence Bantu Rawat Ulser

7:30 AM
Ubat Gigi Marine Essence Bantu Rawat Ulser
Assalammualaikum....

ubat gigi marine essence
Cuaca di Sabah sekarang panas sebab Fenomena EL Nino.Kurang minum air confirm ulser cepat menyerang di area mulut kan.Bukan semua orang tapi ada yang sensitif mesti cepat kena.

Apa kata try Ubat gigi MArine essence ni.Bukan setakat ulser tapi masalah yang lain pula boleh diselesaikan :-
Masalah bau mulut

Gusi berdarah
Gigi berlubang
Gigi berkarat/berkaries
Gigi kuning
Gusi busuk
Gigi sensitif
Sakit gigi

Belum cuba belum tau..sudah cuba pasti tersenyum

#iLoveubatgigimarineessence
#ProjekSTG_EliteKingdom
#meroketRM1000seminggu
Read More

Thursday, January 21, 2016

Garlic Tablet Hai O Bantu Turunkan Kolesterol

7:30 AM
Garlic Tablet Hai O Bantu Turunkan Kolesterol
Assalammualaikum....

Garlic Tablet Hai O
Garlic ni semua orang tau Bawang putih..Tapi yang ni bukan sembarangan punya bawang putih.

Garlic Tablet ini :-
1.Mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih
2.Menyingkirkan rasa tajam dan bau yang tidak menyenangkan & mengekalkan keberkesanan dan nutrisi bawang putih.
3.Mengandungi puluhan ramuan yang berguna termasuk: 33 jenis sulfida, 17 jenis asid amino, mineral termasuk germanium, kalsium, besi, kalium, magnesium, selenium, zink dan vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin C dan sebagainya.
4.Berguna untuk melawan kolesterol dalam badan dengan membekalkan kolesterol baik (HDL)
5.Menurunkan kolesterol tidak baik (LDL)
6.Mengurangkan trigliserida.
7.Tidak merangsangkan membran lendir perut, mudah diserap oleh usus kecil dan kesannya berlipat ganda.

Garlic Tablet ini Juga mempunyai kebaikan  seperti berikut :-

  1. Membantu menurunkan kandungan lemak darah dan kolesterol darah, mencegah penyakit kardiovaskular dan arteriosklerosis.
  2. Menghalang pembekuan darah untuk mencegah berlakunya trombosis.
  3. Membantu dalam fungsi penghadaman dan membuka selera, melegakan perut kembung dan ulser peptik.
  4. Membasmi kuman dan keradangan serta mencegah jangkitan penyakit.
  5. Membantu menyelaras gula darah dalam badan.
  6. Menggalakkan peredaran darah dan metabolisme.

Cara pengambilan garlic tablet ni :-

  • 2 kali sehari
  • 2 biji untuk setiap kali
  • ambil dengan air suam
  • minum air secukupnya

Nampak Kah.KOLESTEROL dia bilang.Paling menakutkan ni perkataan.Tapi dengan Garlic Tablet Kolesterol ni mampu dilawan.

Saya sudah cuba.Kalau ada yang berminat.Sama2 kita jaga kesihatan diri.Iya ajal maut ketentuan Allah..dan memang sudah tertulis..tapi tak salah menjaga kesihatan diri.untuk kita,keluarga.(**kg makin turun yeah)

Boleh PM saya di FB
Wasap 0168040362

‪#‎iLoveGarlicTablet‬
‪#‎ProjekSTG_EliteKingdom‬
‪#‎meroketRM1000seminggu‬
Read More

Wednesday, January 20, 2016

Janam Janam Versi Kulintangan By Razali Kulintangan

8:56 AM
Janam Janam Versi Kulintangan By Razali Kulintangan

Assalammualaikum....

Lagu janam versi kulintangan yang dimainkan oleh Razali Pemenang Bakat TV 2011.Mungkin ramai yang x mengenali beliau.Tapi kalau kat Sabah Razali dan kulintangan ni bak lagu dan irama.



Kulintangan adalah sejenis muzik tradisional bagi sebahagian besar kaum di NEGERI SABAH yg menggabungkan irama muzik bersama paluan gong.

Alat muzik ini dikenali bagi suku kaum KADAZAN, DUSUN, MURUT, BISAYA, BAJAU dan SULUK yg dimainkan ketika majlis keramaian spt perkhawinan, khatam al-Quran, bercukur selain dipersembahkan kepada kumpulan penari tradisional.

Alat ini diperbuat dpd tembaga dan ada yg diperbuat daripada buluh(poring) dimainkan mengikut intonasi tersendiri.

Biasanya sebanyak 8 atau 10 KULINTANGAN dimainkan pada satu satu masa untuk mendapatkan nada yg berbeza....
(sumber dari SINI)

tu sedikit pasal alat muzik kulintangan MV sertakan..manalah tau kan..ada yang tak tau pasal alat muzik ni.Dulu masa MV punya majlis kahwin takda karaoke ..tapi ada alunan kulintangan...

Sekarang macam tak ramai sudah anak muda yang pandai main kulintangan..Sapa pernah dengar orang main kulintangan ni LIve???best kan
Read More

Tuesday, January 19, 2016

Sakit.

7:30 AM
Sakit.
Assalammualaikum.....

credit to Wan Rafflesia
Sebagai seorang ibu...selalu mengalami ni..yup memang kita sakit perlu rehat tapi bila sudah ambil cuti sakit...kita kena juga buat semua kerja rumah juga....sebab kita pembantu pun xda...

Macam MV kalau sakit sehingga terpaksa ambil cuti sakit dan rehat kat rumah...tapi bila dah dekat rumah tu..tengok rumah tak berkemas..dapur tak berasap...kain tak bercuci...gerakkan juga badan tuk bekerja...

Macam MV anak2 htr ke sekolah naik kereta sendiri..tak naik bas sekolah..sakit pun MV kena htr juga ke sekolah...kadang2 ada juga bunyi2 "cakap sakit..tapi boleh pula jalan"...ok jalan sebab anak kena juga di hantar ke sekolah...

Kadang jumpa orang yang memahami ok..kalau jumpa orang yang tak memahami...kena tahan hati lah...
Read More

Monday, January 18, 2016

Masakan Seorang Ibu

3:11 PM
Masakan Seorang Ibu
Assalammualaikum.....


Soto Ayam Versi Sabahan
Hujung minggu adalah masa untuk spend time dengan anak-anak..masa MV sabtu suami kerja sekerat hari....masa tu memang MV tumpukan pada anak2...masa ni lah MV ambil peluang ajar anak-anak..bantu buat kerja rumah...sama2 layan rancangan Television.....
Nasi Ayam MV
Sabtu lepas MV bantu anak2 baut homework...ajar iqra...ajar wani membaca....bila sudah buat semua tue...ada permintaan yang perlu MV tunaikan...lama sudah diminta tapi selalu jak lupa...
Cucur daun sup + Teh o
wani minta mama buatkan nasi ayam...MV layankan..walaupun bahan x cukup..janji ada rupan nasi ayam,..maka siaplah nasi ayam stim + sup sayur untuk lunch sabtu haritu...petangnya pula MV mencucur cucur daun sup dengan teh o...
telur + sosej+mineral coffee
sebenarnya agak lama tak mencucur pada waktu petang..bila MV buat..anak makan senyum kenyang...walaupun tak semewah seglamor mana makanan yg MV masak...bila air tangan seorang ibu itu pasti menjadi sedap di mulut anak2

esoknya pula...soto ayam untuk mereka.....haikal dan wani makan 2 mangkuk seorang....sudah lama sebenarnya mencari soto yang hanya guna isi ayam yang sudah dicarik2....skg kalau order soto semua pakai ayam yang di potong besar,,,,,

bukan mau bermegah tapi sekali sekala...bila anak meminta..kena tunaikan....MV tak sehebat mana...tapi mencuba demi anak-anak
Read More

Sunday, January 17, 2016

Jadi diri sendri Lebih baik

7:30 AM
Jadi diri sendri Lebih baik
Assalammualaikum...

hijau biru 
Baru-baru kecoh pasal..jadilah seperti rashid,rashidah,juliana,emily...sebab dorang baik..kohkoh..menjengkelkan sebenarnya bila kat we chat kat fb org dok post benda tu jer...jadilah mcm rashid..jadilah macam juliana...
hitam pink
Bagi MV..jadilah diri sendiri...tak payah nak jadi macam orang lain....memang diakui kita kena belajar daripada orang lain tapi bukan jadi seperti dia....kita dicipta dengan kelebihan dan kekurangan..yang mana akan saling melengkapi .....
with jantung hati
Walau kita kurang di pandangan orang lain tapi sebenarnya kita ada kelebihan kita sendiri....yang penting yakin...percaya usaha
coklat cream
Read More

Saturday, January 16, 2016

Mineral Coffee

7:30 AM
Mineral Coffee
Assalammualaikum...
>>>>>>>>>>Mineral Coffe Memberi Tenaga<<<<<<<<<

Kebaikan Mineral Coffee:-
1.ANTIPENUAAN - agen antioksida yang baik.
2.MENGAWAL PH BADAN, boleh menuetralkan toksin berasid dengan cepat seperti asid urik,gula dalam darah,kolestrol dan lain-lain.
3.MENCEGAH dan MERAWAT penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, buah pinggan, kencing manis, migraine, kanser dan lain-lain masalah kesihatan.
4.MEMBAIKI MASALAH SISTEM PENGHADAMAN seperti gastrik, ulser perut, masalah usus,buasir sembelit, juga sebagai diet yang ekonomi.
5.Mempunyai kesan DETOKSIFIKASI.
6.Melegakan masalah ALAHAN, pigmentasi dan lain-lain masalah kulit.
7.Memberi TENAGA dan juga kualiti KESIHATAN YANG BAIK kepada badan.

Kenapa Saya ambil mineral coffee???

Saya mau merawat penyakit gastrik & magrain.Taulah ibu kepada 4 orang anak dan seorang ibu yang bekerja.Saya juga memerlukan tenaga untuk menyelesaikan kerja2 rumah tangga.Kadang terlampau sibuk sampai masa makan pun terlajak....

Saya ambil MC ni tiap pagi....untuk memberikan tenaga memulakan hari2 saya penuh dengan perjalanan..suka duka penat gembira....

#iLoveMineralCoffee
#ProjekSTG_EliteKingdom
#meroketRM1000seminggu
Read More

Friday, January 15, 2016

Bio Seleza Feminine Pad

7:30 AM
Bio Seleza Feminine Pad
Assalammualaikum....

>>>>Bio Seleza Feminine Pad Bantu Mengatasi Masalah Keputihan<<<<<<<
Ini Bio Seleza Feminine Pad.
Wanita dan Bio Seleza Feminine Pad harus saling mengenali kerana mereka saling melengkapi.
Kenapa??Of course lah..Bio Seleza Feminine Pad ni boleh 1.Melegakan masalah senggugut
2.Masalah keputihan
3.Ketidakselesaan semasa haid
4.Selaraskan hormon wanita
5.Menghalang pembiakan bakteria dalam rahim
6.Menguatkan imun
Kan saya bilang.BFF wanita ni bio seleza...dengan bio seleza pasti nampak yakin selalu.
Marilah berkenalan dengannya.Tak Kenal Maka Tak cinta gitu.


Berminat boleh wasap MV 0168040362

Read More

Thursday, January 14, 2016

cerita Persekolahan wani & syamimi

4:12 PM
cerita Persekolahan wani & syamimi
Assalammualaikum..

sebelum balik layan mama selfie dulu
Cerita sekolah anak2...minggu kedua sekolah...syamimi dah tak nangis lagi yeahhh....wani memang dah biasa sekolah...dan yang menariknya..dah tak susah nak kejutkan dia bangun ke sekolah....dia dah boleh bangun sendiri....good job wani....
hasil kerja wani di sekolah 
Tadi cikgu wani wasap hasil kerja dia hari ni....wah cantiknya wani buat...kemas jer...bagus pulak mood ida hari ni....
posing with kakak momoy 
adik macam biasa...suka selfie...kat sekolah pun pandai nak selfie...antara yang paling kecik kat sekolah...kecik sebab umur dan size badan..takpa ya adik janji adik matang....2 tahun 23 hari...adik dah pandai bercakap....dah boleh nyanyi.....
kakak merajuk sebab adik tak bagi pinjam reben yg ada crown
didi & friend adik paling minat...Bingo..lagu tu adik tau...bapaku pulang dari kota...ikan kekek...nenek bongkok 3..dan banyak lagi..adik paling suka mewarna..walaupun hanya contengan..dia menunjukkan minat untuk belajar....
santai2 time
adik selalu nyanyi"mama nak caliph,adik suka caliph" hihi....pandai jer dia nak minta minum caliph kalau MV terlupa....
playtime
wani kena rajin belajar...tahun depan dah darjah datu....LINUS menunggu....risau fikir bab matanya...nak kena bawa dia pegi periksa mata....sebab dia mengadu tak nampak....
adik with kakak momoy again 
doakan anak2 MV sentiasa sihat & cerdas yea..AMin
Read More

Wednesday, January 13, 2016

Shampoo Marine Essence

3:02 PM
Shampoo Marine Essence
Assalammualaikum....

>>>>>>Marine Essence rawat rambut gugur<<<<<<<<<
Rambut adalah mahkota wanita dan perlu kita jaga serta rawat sebaiknya.Tak kisahlah anda bertudung atau sebaliknya.
Mengalami Rambut gugur selepas bersalin selepas bersalin sering dilalui wanita yang bergelar ibu.Pasti kita risau bila masa menyisir rambut jer banyak rambut yg gugur..kadang segenggam kan?
Mari cuba shampoo marine essence ni..bukan hanya rambut gugur dapat dirawat, masalah kelemumur,kutu,rambut berbau pun dirawat sekali.
Kamu percaya,,,yakin..usaha,amalkan....pasti berhasil...

Serius MV cakap....masa mengandungkan syamimi..MV mengalami kelemumur yang teruk...dan selepas bersalin sekarang syamimi dah 2 tahun lebih...macam-macam produk shampoo dah MV guna...

Akhir sekali MV buat keputusan untuk gunakan Shampoo Marine Essence.....Sebab shampoo ni boleh rawat 7 masalah rambut...kira set bajet lah ni....dengan harga tak sampai RM40..kira oklah kan kawan2

Manalah tau sesiapa yg berminat dengan produk ni bolehlah hubungi MV di wasap dan FB SUZY YAP


Read More

Pendapatan Sampingan

7:30 AM
Pendapatan Sampingan
REZEKI anak-anak
Assalammualaikum....

Berkongsi sedikit...hasil cashout dengan 8share dah masuk dalam bank....RM60....walaupun sikit tapi alhamdulillah syukur ada juga....rezeki anak2....

Nuffnang MV pun dah boleh cashout....walau tak sebanyak dulu ..syukur masih ada rezeki tertulis untuk blog MV ni....terima kasih pada yg sudi datang ke blog ni....tahun mencuba untuk buat cashout 8 share & nuffnang lagi...

Insyaallah....
Read More

Tuesday, January 12, 2016

Peneman Ke Pejabat

7:30 AM
Peneman Ke Pejabat
Assalammualaikum....


kalau dulu berdua dengan wani..sekarang bertiga dengan syamimi...kena bergerak awal untuk elak jammed ..dah tak boleh lari kejar masa untuk punch klau lewat..sebab skg ada yang nak didukung smpai ke pejabat...

kesian kalau biarkan dia berjalan jauh dari parking..biar mama dukung...takpa supaya berat mama cepat  turun..nak capai 55 tue jauh lagi..skg pun baru 66...3 bulan diet baru turun 7 kilo..xpa ..slow2..hahaha...

Alhamdulillah..wani dah 6 tahun..dah boleh urus diri sendiri..walaupun kadang mama kena jerit lebih....kihkih


**mood blogging dah mai..tapi bw slow2 yea..mana yang tersinggah...yang tak tersinggah maaf no...
Read More

Monday, January 11, 2016

Fenomena El Nino

11:46 AM
Fenomena El Nino
Assalammualaikum...

Info Cuaca Sabah
Sumber Dari SINI
Berita semalam mengatakan Negeri Sabah Sedang mengalami fenomena el nino tahap kuat mulai bulan ini sehingga mac depan..Patutlah cuaca sekarang panas lain macam saja...malam pun xda angin langsung....jam 3 petang macam jam 12 tengahari jak....

dulu MV ingat lagi tahun 1997 masa MV darjah enam...fenomena el nino ni pernah dialami oleh Sabah....sekarang tahap kuat...rasanya memang panas yang amat lah...elok kurangkan aktiviti d luar...

Minggu lepas tiba2 syamimi demam....rupa2nya perubahan cuaca....budak paling terkesan apabila berlaku perubahan cuaca....tambahan lagi kalau kekurangan air dalam badan...syamimi kecik lagi......bab air putih memang kurang sebab di taska baru ni dia baru nak biasakan diri...pujuk makan pun payah...

hari pertama demam
 bila anak2 demam sebagai ibu memang kita takkan dapat tidur lena...MV berjaga sebab badannya panas sangat...MV lapkan badan syamimi dengan air cuka + air putih...terpaksa pakai ubat sumbat sebab ubat air x jalan.....

hari kedua demam
hari kedua pun macam tue...lepas mandikan 5 minit saja..suhu naik balik....terus bawa ke klinik...doktor start antibiotik....lepas makan antibiotik baru lah ada kurang  sikit panas....masih continue ubat demam & antibiotik..hari ni selera makan ada sdh...

dan tadi pergi taska dah tak nangis....semoga kita yang berada di Sabah ni banyakkan minum air saat fenomena el nino ....MV mmg selalu jaga bab pengambilan air..terutamanya haikalayuwanimimi....

Kurangkan juga aktiviti luar ya kawan2
Read More

Thursday, January 7, 2016

Gabungan

4:23 PM
Gabungan
Assalammualaikum....

bila mama abang kakak bergabung

seiras pula muka drg ni
Tahun 2016 MV mulakan dengan entry pembukaan..biasa cerita menguruskan anak2 sekolah...suami MV tak dapat cuti...hari pertama dan hari kedua sekolah MV cuti untuk mempermudahkan MV menguruskan anak2
mama jadi driver hari kedua 2016
lagipun Mimi dah berpindah ke Taska Permata....kakak abang pula dah darjah 3..kelas pun dah lain...nak kena temankan untuk hari pertama n kedua..tanda sokongan..sebab dulu last year MV tak cuti pun uruskan sekolah drg...

hari kedua persekolahan 2016..

Wani pula dah tadika 6 tahun..kali tugas MV bertambah..MV kena kerja kuat..untuk pastikan wani boleh membaca tahun ni...Insyaallah...Wani minta dengan MV untuk belikan dia produk caliph....demi untuk anak2..MV tunaikan...

Tahun ni...MV doakan anak2 belajar dengan mudah dan mendapat keputusan cemerlang.Amin....persediaan sekolah ala kadar jer....pakai balik apa yg boleh dipakai ..sebab harga barang makin melambung2....baju melayu sekolah agama abg haikal jer sepasang dah RM50....


Syukurlah baju sekolah rendah ada yang sekolah bagi..so pakai lah apa yg ada.....kakak ayu pula sekolah agama pakai baju lama..sebab masih muat dan kain pun elok lagi..wani pun MV x beli baju..sebab cousin dia bagi baju...

Beg ayu MV beli yang murah tapi tahan lama..2 beg RM51.00...wani dan syamimi...MV bagi pakai beg Hi 5 dumex mamil..redeem kat Woop...jimat selagi boleh..nilai duit skg sangat2 rendah....
Read More