April 2016 - All About Love

Saturday, April 30, 2016

Shawl dua Muka

7:30 AM
Shawl dua Muka
Assalammualaikum...

mama & kakak Ayu terjebak dengan shawl dua muka

Lagi entry tentang shawl dua muka..Ingat tak entry ni...oleh kerana sekarang kakak Ayu dah mula bertudung ..so tiap kali jalan nak bagi dia pakai tudung..kalau kakak ayu yang pilih dia akan pilih satu jenis tudung jer...tudung main masuk..asyik tudung tue jer...

nampak sesuai dengan dia 
Kebetulan MV ada shawl yang MV dapat dari join contest d blog...dengan itu MV gayakan shawl dua muka untuk kakak Ayu...tak payah beli baru..nampak sesuai pula kakak Ayu bershawl...

MV banyak bawal Aidijuma cuma kakak Ayu macam kurang nak pakai..lgpun dia belum pandai mau pakai bawal...so mama lah yg uruskan tudung dia....

Cantik pula dia pakai shawl mcm ni..lebih sesuai...kalau mama pakai tak cantik sgt
Read More

Friday, April 29, 2016

Akhirnya Dapat Iklan CPUV

7:30 AM
Akhirnya Dapat Iklan CPUV
walau tak banyak tapi syukur

Alhamdulillah dapat 6 CPuv ....akhirntya setelah hampir 3 bulan x dapat CPUV..kali ni terima kasih nuffnang...

Korang2 yang sudi datang dan bantu tambah2 nilai nuffnang tq juga ya....sikit lagi nak RM100...tengok nnti kita cashout...

Tak banyak macam korang punya tapi syukur apa adanya.


Read More

Thursday, April 28, 2016

Karangan Cita-Cita Saya

7:30 AM
Karangan Cita-Cita Saya
Lucu baca ni
Assalammualaikum....

Karangan cita-cita saya,,mesti kamu ingat kan dulu-dulu time sekolah rendah cikgu suruh buat karangan cita-cita saya.Masa tu ramai yang tulis mau jadi cikgu,pegawai bank,polis,doktor,peguam,artis.

MV ingat lagi..masa tue MV tulis mau jadi kerani bank...hahaha..nampak tak..nampak ..punya lah cita2 yang low jak...dan bila HaikalAyu ada task yang sama untuk karangan bahasa melayu dorang,nampaknya ada seseorang yang follow MV...

Abang haikal buat dia mau jadi peguam,supaya dapat beli rumah besar,melancong,bawa mama babah jalan...

Tapi paling nda sangka My Ayu Syamirah buat Cita-cita dia mau jadi Pembantu perpustakaan.Kerja yang MV buat selama 9 tahun.Tergelak bila baca.Tapi dalam masa yang sama ada sedikit bangga dengan anak gadis MV ini...

Nampak macam annoying tapi rupanya dalam diam dia menjadi mama dia ni sebagai idola...Dan dalam hati "ok selama 9 tahun ni aku memang berjaya lah menjalankan tugas sebagai Pembantu Perpustakaan sebab anak aku sendiri mau jadi macam aku"

Menjadi seorang pembantu perpustakaan itu mungkin nampak lucu bagi sesetengah orang..Tapi bagi Mama...Kakak cuba lah usaha yang terbaik...Sebab masuk government ni tak senang....

Semoga cita-cita anak MV tercapai.Amin.Ini mungkin cita-cita dorang masa 9 tahun.Nanti kita tengok tahun akan datang.Biasalah pandai berubah2 itu cita2




Read More

Wednesday, April 27, 2016

Wordless Wednesday#CaraMenghadapiorangyangsukasakitkanhatikita#

2:30 PM
Wordless Wednesday#CaraMenghadapiorangyangsukasakitkanhatikita#

Tengok bola at stadium Likas #sabahvsjdt2#

7:30 AM
Tengok bola at stadium Likas #sabahvsjdt2#
our quality time
Assalammualaikum.... 

Cerita jumaat lepas...Tengok bola Sabah Vs JDT 2...aktiviti santai bersama.Tak menang..Kalah 1-0..Perlawanan yang penuh kontroversi...dengan sepakan penalti yang nda masuk..


Aduina pemain import sabah dari Brazil...Marco Tulio Lopes...Adey kau buat peminat sabah kecewa ok...kenapa kah kau tendang penalti macam gitu...peluang dapat satu mata lebur begitu sahaja...


Kenapa bah kenapa bah..hahaha...satu jak lah mau cakap..Pasukan Sabah tahun ni ..tiada stirker aka penyerang.Serangan ada tapi tiada penyudah. Pemain import dari nigeria ni pula satu hal ...Prince Tochukwu Nnake...


Tinggimu sangat lah menang..tapi mainan mu adui bikin kecewa..bikin gerigitan orang bilang...panjang jak kaki...hahaha...Malam tu Pemain Sabah Leopord Alfonso kena red Card di minit akhir perlawanan yang bagi MV Reff buat tindakan kili(gila)...

Haha....ini adalah luahan peminat bola yang team yang di sokong kalah..itulah pasal..ayat semua menyalahkan ...haha..tapi dalam menyalahkan tetap beri sokongan dengan turun menyaksikan perlawanan di stadium....


Walau tau kemenangan tue mustahil tapi harapan itu mengunung..So Sabah please Wake UP....
Read More

Tuesday, April 26, 2016

Shawl Dua muka Buat sendiri

7:30 AM
Shawl Dua muka Buat sendiri
Assalammualaikum...
dulu fikir banyak kali mau pakai shawl skg 5 minit pun siap sdh..
Shawl dua muka buat sendiri...MV kalau beli tudung jarang beli yang instant,.,,sebab tak kena dengan muka tapi bila tengok video tuto shawl dua muka buat sendiri guna shawl yang kita ada..
nilah kalau pakai hp murah...terpaksa selfie tinggi sikit haha
Nampak senang so cuba lah pakai guna shawl yang ada..dan yeahhh siap...senang nda payah mau belit sana belit sini...selalu bersiap plus makeup mau setengah jam...tapi bila buat gaya gini nda sampai 30 minit yo...sudah siap

Kalau korang nak cuba ni Videonya

Read More

Monday, April 25, 2016

Estranged Feat Fazura - Hancur Aku (Official Music Video)

7:30 AM
Estranged Feat Fazura - Hancur Aku (Official Music Video)
Assalammualaikum...



Apa khabar teman
Ku perlu bicara
Kerna aku hilang
Tanpa kamu

Apakah ertinya
Ketemuan ini
Ku merindukan kehadiranmu

Hancur hancur aku
Bila-bila saja
Hancur hancur aku

Hancur hancur aku
Bila-bila saja
Hancur hancur aku

Apa khabar teman
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari
Diri aku

Apakah ertinya
Kesudahan ini
Patutnya kau rindu
Kehadiranku

Hancur hancur aku
Bila-bila saja
Hancur hancur aku

Hancur hancur aku
Bila-bila saja
Hancur hancur aku


**suka lagu ni...wani pandai nyanyi lagu ni
Read More

Sunday, April 24, 2016

8 Tanda Badan Anda Bertoksin

7:30 AM
8 Tanda Badan Anda Bertoksin
Assalammualaikum ...


  1. Sembelit - Normal kita membuang air besar dua kali sehari.
  2. Kembung Perut- Bila usus tidak bersih dan penuh toksin ia akan menyebabkan angin terperangkap dan menyebabkan perut kembung.
  3. Sakit Kepala -Bila badan bertoksin kita akan kerap mendapat sakit kelapa
  4. Letih dan lesu - Toksin yang berkumpul dalam badan umpama racun yang akan mencuri tenaga dan membuatkan kita letih dan lesu
  5. Mulut Berbau - Usus yang kotor akan menyebabkan bau mulut yang kurang menyenangkan orang sekeliling.
  6. Perut buncit - Najis yang terkumpul lama dalam usus akan mengeras dan tempat angin berkumpul sekaligus menyebabkan  perut kita boroi.
  7. Kulit Kusam - Detoks bagi membersihkan maslaah toksin pasti kulit muka tidak lagi kusam 
  8. Kemaruk Makan - Bila badan kita bertoksin akan menyebabkan kita tidak mampu mengawal cara makan dan akan sentiasa berasa lapar.
8 Tanda Badan kita bertoksin.Dulu MV mengalaminya seperti tanda no.3.Memang kerap sakit kepala,perut buncit.

Alhamdulillah sekarang tak lagi.So kawan2 yang ada tanda2 ini  detoks adalah penyelesaiannya.Banyak produk detoks yang dijual.Boleh lah pilih.Macam MV cukup dengan minum mineral coffee sehari sekali.

Sembelit memang takda dalam istilah.Bila guna Mineral coffee magrain pun hilang.Ini bukan promo produk cuma nak berkongsi sahaja.

Jom Sihat dan cantik bersama-sama.


Read More

Saturday, April 23, 2016

10 Sebab Berat Badan Susah Nak Turun

8:00 AM
10 Sebab Berat Badan Susah Nak Turun
Asssalammualaikum...

HAri ini MV nak kongsikan 10 sebab kenapa berat badan susah nak turun.Berkongsi melalui pengalaman sendiri.Dan sememangnya memang betul.
  1. Minum air bergula - Terlalu banyak minum air bergula memang berat susah nak turun.Apatah lagi kalau minuman segera  seperti 3in1,air berkabornat/air gas.Dulu MV ni memang tiap hari minum air cola/sprite,,,dan memang berat susah nak turun.Bila oktober 2015 MV tinggalkan air manis ni ...Dan memang berat itu turun dengan mudah.
  2. tidur yang tak teratur - Tidur yang tidak teratur memang akan menyebabkan berat susah turun.MV tak taulah kalau yg lain.Tapi kalau MV tidur tak cukup memang berat MV akan naik.
  3. tidak ambil sarapan - Nak diet mcm mana pun sarapan tue wajib kena ambil.Dulu mula-mula nda percaya.Tapi bila membiasakan diri ambil sarapan baru tahu kesannya.
  4. makan terlalu cepat - Makan terlalu cepat.Iaitu makan tanpa mengunyah,Ini tabiat MV makan laju sangat.Makan main telan jer,,hahaha...makanan tak hadam.
  5. kurang minum air kosong - Kalau perasan kan bila ambik produk untuk kuruskan badan cantikkan muka mesti ada pesanan.Sila air air kosong secukupnya.So pastikan korang ambil air kosong ikut keperluan badan.
  6. makan tak cukup fiber - Pastikan kita ambil makanan yang cukup fiber mcm oat,jagung,kacang,pasta ,roti berserat
  7. badan bertoksin - bila badan bertoksin memang selera makanan akan menjadi-jadi.So ambil langkah untuk buangkan toksin dalam badan.
  8. malas melakukan aktiviti fizikal - Ini mungkin jadi masalah utama.Tapi ramai yang tak tahu bila kita menyapu moop lantai,dan buat semua kerja di rumah sebenarnya kita  telah membakar kalori,kalau tak dapat jogging ...buat workout d rumah ...
  9. makan tak cukup protein - Pastika kita ambil makanan yang cukup proteinnya.
  10. makan lewat malam - Ini kunci utama.Jangan makan lewat malam.Makan malam hendaklah 4 jam sebelum tidur.
Ini berdasarkan apa yang MV alami.Tinggalkan air manis 3 bulan memang berat turun.Sampai sekarang kalau nak minum air manis MV minum sikit.Bukan setakat air manis.Air sejuk pun memang jarang minum sudah.

Jom sihat dan cantik bersama-sama.

Read More

Friday, April 22, 2016

Origami WIth Tadika/Taska Permata

7:30 AM
Origami WIth Tadika/Taska Permata
Assalammualaikum...
First time jadi cikgu hihi
Throwback Aktiviti Seksyen Kanak-kanak Perpustakaan PSUPS Bil.1 April 2016 Bersama Tabika dan Taska PERMATA KEMAS KPKPS (05.04.2016).Sesi origami with MV.Kali ni orang library yang kena ajar bbuat origami.
semangat semua budak2..

tengah fokus menghadap MV yang cun Ahaks
Sekali sekala ajar budak2 masa ni lah kita tahu yang bukan senang nak jadi cikgu..kena ajar anak2 orang yang lain2 karenahnya..kena bersabar,,,di sinilah kesabaran kita diuji...kalau mengajar anak sendiri..mungkin kita boleh marah..anak orang lain situasinya....
yeah jadi orgaminya
buat dua origami..serigala dan ikan paus
MV ajar buat serigala dan ikan paus..bolehlah untuk kanak-kank usia 3- 6 tahun..bukan senang bagi kanak-kanak usia macam tue untuk ikut apa yang kita jaar..sedangkan MV pun belajar bukan senang..
nilah hasil kerja budak2 yang dah siap
semangat MV kan 
Ini kira pengalaman dalam bekerja.Di mana kita dapat menilai kemampuan kita.daya usaha kita..Cakap itu senang nak melakukannya itu perlu kekuatan,komitmen dan usaha.So pokok pangkal,berani mencuba sesuatu yang baru insyaallah akan menjadi pengalaman yang berguna.
Read More

Thursday, April 21, 2016

Jom Baca Bersama 10 Minit -25.04.2016-

9:17 AM
Jom Baca Bersama 10 Minit -25.04.2016-


Sumber SINI 
Assalammualaikum....

Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit di laksanakan lagi pada tahun 2016 iaitu pada 25.04.2016 bersamaan hari Isnin.Library tempat MV bekerja berminat untuk join program ni sebab tahun lepas x join sebab lambat tahu.

Cuma MV kurang pasti macam mana nak join.Ada sesiapa dari library yang tahu.Tak salah kan bertanya.

Program ni bermula pada jam 11.00 pagi hingga 11.10 minit pagi sahaja.Program ni masuk tahun ketiga dah.Mari kita sama-sama join.Selama 10 minit jer berhenti sebentar dari melakukan apa jua pekerjaan atau aktiviti untuk membaca apa saja bahan selama 10 minit.

10 minit sahaja x lama sebagai langkah awal untuk mendorong rakyat Malaysia membaca dan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan membaca.

Sha library sha join tak?






Read More

Ingat Sampai Mati

7:30 AM
Ingat Sampai Mati
Assalammualaikum...

Pinjam google
Peringatan untuk diri sendiri..Muhasabah diri...bukan semua orang sempurna.Jaga mulut jaga mata jaga telinga..Hati mau bersih..


Read More

Wednesday, April 20, 2016

Wordless Wednesday#Bawal Vs Shawl#

11:18 AM
Wordless Wednesday#Bawal Vs Shawl#
Assalammualaikum,,,
Shawl murah jer rm15

With bawal aidijuma RM10
**sekarang dah trend shawl so sekali sekala pakai lah juga tapi lebih selesa berbawal
Read More

Petua Murah Rezeki

7:30 AM
Petua Murah Rezeki
Assalammualaikum...

sumber Sini
Dah lama baca tentang ni..memang selalu pastikan sinki takda pinggan kotor sebelum tidur...Means mmg cuci ...tapi yang no.2 ni tak selalu buat sebab bila letak di luar rumah anjing selongkar..bila letak di belakang dapur kucing tikus pula bekerja....

Tapi akan cuba untuk terus melakukan yang no.2 tue...
Read More

Tuesday, April 19, 2016

KPJ COLOUR RUN 22 APril 2016

7:30 AM
KPJ COLOUR RUN 22 APril 2016
Assalammualaikum...

KPJ COLOUR RUN
Larian kedua untuk tahun ini... KPJ Colour Run 5 KM...HAri Ahad ini 22.04.2016 bertempat di Taman Teluk Likas,Tanjung Lipat.

Misi Memperbaiki masa sebelum ini Unitar Sidma Run 2016 dan Zero Aids Run 2015,,,dan kali ni Mv bawa sekali abg haikal dan kakak ayu...kalau dorang lepas larian kali ni..MV akan daftar untuk next larian untuk dorang..

Jom sihat bersama-sama 
Read More

Monday, April 18, 2016

Keyword Minggu Lepas

9:23 AM
Keyword Minggu Lepas
Assalammualaikum....


Memulakan entry minggu ini dengan berkongsi keyword yang meletop minggu lepas..hahaha meletup lah sangat...hihi...

Minggu lepas ramai yang cari pasal gred 17 dan 27 dalam skim perkhidmatan awam akan dimansuhkan dan digantikan dengan gred 19 dan 29...ada 10 carian saja sebenarnya hahaha...

Yang lain cari pasal bola sepak liga perdana 2016,resepi ikan masin dan apa itu strok haba...semoga apa yang dicari di blog ni membantu kamu ya....

Read More

Sunday, April 17, 2016

Mama & Anak

7:30 AM
Mama & Anak
Assalammualaikum.,..
lepas ni 3 orang pakai spek mata

kesian wani..x nampak 


sempat selfie sebelum hantar dorang syamimi dan wani ke sekolah 

***Ni lah kerja kami..kalau dah berkumpul memang nilah dibuat..posing..hihi....
Read More

Saturday, April 16, 2016

Kerongsang

2:00 PM
Kerongsang
Assalammualaikum....

Harap2 bertahan lah
Ni lah masalah orang perempuan...Kerongsang.beli banyak mana pun memang akan selalu takda kerongsang.Ni memang masalah MV selalu lalui...bulan ni beli 8 biji..bulan depan tinggal 2 biji...

Apatah lagi bila ada anak dara,,,pandai jer pinjam tapi lepas tu hilang...pinjam tapi kerongsang tue terus pin kat tudung ...nda sudah di buka-buka...

Jumaat MV beli 8 biji kerongsang..dengan harapan bertahanlah selama mana yang mampu..hahaha...8 biji rm10...huhu...bertahan lah...apa nak buat..

kamu ada juga kah masalah macam ni
Read More

Mula Bertudung

7:30 AM
Mula Bertudung
Assalammualaikum....


With Kakak AYu
Alhamdulillah ...Kakak Ayu mula bertudung bila kuar berjalan..Dia start bertudung masa kami ke Hospital temujanji mata Abang haikal...

ni first time dia bertudung sendiri
MV tak suru..tapi dia yang nak...so MV doakan kakak terus bertudung.Dan jadi anak yang solehah ya kakak..Mungkin masih baru tapi teruskan saja ya...dia cakap Ustazah leih suka tengok kakak pakai tudung...cantik..manis..

Mama pun suka kakak.Sejuk mata memandang.
Read More

Friday, April 15, 2016

Seorang Lagi Rabun Dekat

7:30 AM
Seorang Lagi Rabun Dekat

Assalammualaikum...
lepas ni budak kaca mata will be 3
Rabu,13.04.2016 MV bawa abang Haikal Temujanji Di Klinik Mata Hospital Queen Elizebeth II KOta Kinabalu .MV bawa abang haikal check mata sebab dia selalu sakit kepala.

Then bila bawa check mata kat kedai..ada Rabun Jauh 50 silau 50...terus buat keputusan untuk minta check dengan doktor yang check Kakak AYu.

Semalam Bila check baru tau yang abang pun ada rabun dekat...mata dia tak boleh fokus sangat sebab tue dia pening...lepas taruh ubat...baru doctor check semula..mula-mula tue doktor memang dah pasti yang dia bukan rabun jauh tapi rabun dekar...

Lepas periksa kali kedua.Baru doktor yakin...masa tue degree rabun dekat 150 dan silau 50..tapi doctor tak bagi ikut 150 dia bagi separuh dulu 75 jer..sebab masih ada kesan ubat.So untuk next review baru upkan ke 150...

Tanya juga kenapa boleh rabun dekat..Genetik ker?Doctor cakap iya.Dia tanya sapa yang ada rabun dekat antara MV dengan Suami...MV pun tak sure sebab tak pernah check mata...Doktor cakap...kalau dewasa tak pakai pun takpa...

Tapi budak kalau ada rabun dekat dia kena pakai spek..kalau tak dia xda semangat nak belajar...sebab mata dia tak ble nak fokus..bila fokus mula lah sakit kepala..dan budak yang ada rabun dekat ni memang susah kita nak tengok dia belajar....

Memang tanda2 ni ada dekat abang haikal dan wani sebelum MV tahu dorang rabun....Ayu rabun dekat 200/225 silau 150...wani rabun dekat 200/220 silau 150...haikal rabun dekat 75 silau 50...

MV terima apa yang berlaku..mungkin ada hikmahnya.Lepas ni...MV akan ada 3 budak kaca mata in the house,,,,
Read More

Thursday, April 14, 2016

Lampiran A Pekeliling JPA bil.1/2016

3:10 PM
Lampiran A Pekeliling JPA bil.1/2016
Assalammualaikum....

Ingat lagi entry Gred 17 dan 27 dimansuhkan  hari ini adalah hari pekeliling itu dikeluarkan.Perubahan nama jawatan iaitu Pembantu perpustakaan Kepada Pembantu Pustakawan.....

Dan ada beberapa jawatan yang telah dijumudkan :-

  1. Pembantu Meteorologi
  2. Pengajar Membalak
  3. Penyelia Jurupakaian 
  4. Peniup Kaca
  5. Jurulatih Kawad
Ada 2 Jawatan yang dimansuhkan :-

    1. Operator Kamera Offset/Pembuat Plet
    2. Pegawai Perhubungan Preman
    Untuk lebih lanjur boleh baca Lampiran A Pekeliling JPA bil.1/2016


    **yang MV update ni berkenaan gerd 17...ada juga gred yang lebih tinggi di mansuhkan 
    Read More

    HFMD AGAIN

    7:30 AM
    HFMD AGAIN
    Assalammualaikum...

    Last week Syamimi kena HFMD ...dia start dari hari selasa ..huhu kesian sangat penuh ulser satu mulut....menangis tak mau makan minum...nyusu badan pun takda langsung ...
    hari kedua kena HFMD
    HFMD ialah penyakit kaki tangan dan  mulut yang selalu budak-budak kena sekarang.Bila kena serius memang kesian.Ini kali ketiga Syamimi kena..Kali ni memang teruk...ulser penuh di lidah...

    Makan tak nak minum tak nak....hari pertama smpi hari ke3 langsung tak mau minum...MV paksa syamimi makan dan minum pada hari ke3 sebab takut dia kekurangan air dalam badan...
    Hari ketiga
    Nak BF pun dia tak nak ...So MV buatkan dia air susu pekat..sebab gastrik dia dah naik...orang cakap bila orang gastrik ni minum susu pekat memang bagus,,MV paksa dia minum ....

    Biar dia menangis...Lepas tue MV masak Bubur ayam then blend macam baby2 pun makanan puri...Paksa suap dia makan..biar pun nangis..Alhamdulillah hari 4 dia sudah boleh minum...
    hari ke4
    Tapi still paksa dia minum air susu tue dengan penembak ubat "syringe"....Bagi dia minum pakai syringe ni sampai hari sabtu...Alhamdulillah ahri sabtu dia sudah start Breastfedding balik,,,

    Then sabtu malam dia dah mula makan....Dan hari ni dia dah semakin sihat.Bila Syamimi kena HFMD haritu..Syamimi Cuti sekolah 4 hari..MV bawa syamimi ke Library...Syukurlah juga dia tak berapa meragam....

    Oh ya untuk ibubapa di luar sana...kalau anak-anak ada tanda2 HFMD ni macam ulser dimulut,bintik merah di tapak tangan kaki,celah ketiak..tolonglah jangan hantar anak ke Taska ...Kesian budak-budak lain terjangkit...

    Paling kesian kalau yang masih kecik umur 3 tahun ke bawah...kadang ada yang belum pandai cakap...So lepas ni kena extra careful lah ya semua....


    Read More

    Wednesday, April 13, 2016

    Tengok Bola DI Stadium Likas

    7:30 AM
    Tengok Bola DI Stadium Likas
    Assalammualaikum....


    Sabah Vs Kl Sime Darby 
    Inilah salah satu cara kami spent time bersama-sama...tengok bola di Stadium Likas.Orang cakap jangan bawa budak kecik tengok bola di Stadium sebab nanti dorang ikut memaki.Rata-rata peminat bola sepak ni kalau sudah memanas pandai memaki....

    Tapi kan...Apa yang MV nampak..bila MV bawa anak pegi stadium...dorang tau...oh lepas ni kita mau nyanyi lagu Sabah tanah airku..Lagu Negaraku...Yang bestnya bila syamimi yang baru 2 tahun 4 bulan pun nyanyi lagu negaraku dan sabah tanah airku dengan semangatnya.
    ni gambar tahun 2015
    Kiranya MV nak memupuk semangat cintakan negeri tanah tumpah darahku...Kena lah cintakan negeri sendiri kan...rasanya tengok bola ni ada faedah juga...dalam kita bersorak anak-anak dapat belajar benda baru....

    Dorang akan tanya..."mama sabah lawan negeri apa?" "mama,Reff tu apa ?" Sapa suka pergi tengok bola kat stadium ???angkat tangan,,,


    (**apa MV membebel ni)
    Read More

    Tuesday, April 12, 2016

    Gred 17 dan 27 dimansuhkan!!

    12:18 PM
    Gred 17 dan 27 dimansuhkan!!
    Assalammualaikum....

    Gred 17 dan 27 dalam perkhidmatan awam akan dimansuhkan.Gred 17 dan 27 akan digantikan kepada gred yang lebih tinggi iaitu gred 19 dan 29.Gred 22 pula ke 26.

    Pekeliling baru ini akan diumumkan hari khamis ni.Perubahan tangga gaji sahaja elaun kekal..Melibatkan 252 skim dalam perkhidmatan awam.

    nanti khamis ni kita tengok dan baca pekelilingnya.
    Read More

    Monday, April 11, 2016

    Pokok Palma Bergerak

    4:59 PM
    Pokok Palma Bergerak
    Assalammualaikum....

    Pinjam Google
    Semalam tengok Law Of The Jungle In Tonga, Byung Man ada cakap pasal pokok palma yang boleh bergerak.Macam gambar kat atas.Terus MV pelik..kenapa dia boleh bergerak pula ni..Scary terus...
    Pinjam goggle 
    Dan harni MV google ....Pokok Palma bergerak ini dikenali sebagai Socratea exorrhiza, the Walking Palm or Cashapona.

    Socratea exorrhiza, the Walking Palm or Cashapona, is a palm native to rainforests in tropical Central and South America. It can grow to 25 metres in height, with a stem diameter of up to 16 cm,[1] but is more typically 15–20 m tall and 12 cm in diameter.[2] It has unusual stilt roots, the function of which has been debated. Many species of epiphyte have been found growing on the palms. The palm is pollinated by beetles, and various organisms eat its seeds or seedlings.(sumber dari SINI)


    Pokok ni bergerak mencari nutrien baru ..apabila tempat yang lama tue dah takda nutrien...ini mengikut apa yang Byung Man terangkan semalam..

    Dalam berhibur tak sedar kan kita belajar sesuatu yang baru 
    Read More

    Keputusan Penuh Sabah Vs KL Sime Darby -08-04-2016-

    9:03 AM
    Keputusan Penuh Sabah Vs KL Sime Darby -08-04-2016-
    Assalammualaikum....

    Memulakan entry minggu ini dengan keputusan Perlawanan Liga Perdana 2016 Sabah VS Sime Darby....Sabah akhirnya menang buat kali pertama di tempat sendiri,,walaupun hanya dengan 1 jaringan...

    1-0 jaringan dari dedi kusnandar ..itu cukup bermakna buat Sabah...menang untuk kali kedua...Ayuh Sabah Bangkit....dengan kemenangan jumaat lepas Sabah kini mengumpul 7 mata....ok...sikit lagi nak kejar pasukan yang di atas....
    credit to BOLA SEPAK SABAH

    credit to sokernet

    Berikut untuk jadual perlawanan yang seterusnya...


    19.04.2016  PKNS VS SABAH 
    22.04.2016 SABAH VS JDT II
    03.05.2016 NS MATRIK VS SABAH 
    17.05.2016 SABAH VS PERLIS


    20.05.2016 PERLIS VS SABAH 
    24.05.2016 SABAH VS NS MATRIK 
    15.07.2016 JDT II VS SABAH 
    22.07.2016 SABAH VS PKNS
    25.07.2016 KL SIME DARBY VS SABAH 
    05.08.2016 SABAH VS ATM
    15.08.2016 MELAKA VS SABAH
    22.08.2016 SABAH VS KL 
    26.08.2016 DRB HICOM VS SABAH
    23.09.2016 SABAH VS KUANTAN 
    21.10.2016 SABAH VS UITM


    SEMOGA SABAH TERUS MENCATATKAN KEMENANGAN LAGI ..CHAYOK CHAYOK ..FIGHTING 





    Read More

    Sunday, April 10, 2016

    Happy Birthday Azwie

    7:30 AM
    Happy Birthday Azwie
    Assalammualaikum...

    Happy birthday Titi
    10.04.2016...happy birthday buat adik kedua bongsu aku..Mohd Azwie Yap...Happy Birthday yang ke-20 tahun ..semoga terus berjaya,,,sejuk hati tengok adik2 yang pandai bedikari macam kau ni.,,

    lepas exam stpm terus cri kerja....faham kesusahan kita..bukan orang senang,,,semoga  dimurahkan rezeki.amin 
    Read More

    Saturday, April 9, 2016

    Learning Process

    7:30 AM
    Learning Process

    Assalammualaikum.....

    colouring  time
    Walaupun syamimi baru taska tetapi mereka dilibatkan dengan aktiviti2 pembelajaran yang budak2 tadika belajar..tak mengharapkan hasil kerja yang gempak tapi sebagai pendedahan awal....
    happynya dia
    mengajar anak2 seusia 3 tahun ini memegang pensil,kenal warna,kenal bentuk dan sebagainya...proses pembelajaran di taska lebih enjoy orang ckp...sebb kita bukan nak menekan mereka untuk belajar tetapi sebgai pendedahan awal...

    mcm MV umur 5 tahun baru mula ajar dulu kenal abc suku kata..6 tahun belajar membaca,,mungkin bg ssesetengh ibubapa ianya agak lewat...tapi MV rasa itu masa yg sesuai...

    haikalayuwani alhamdulillah diusia 6 tahun sdh pndi membaca..untuk syamimi...MV akn guna teknik yg sama rasanya...korang pula mcm mn?
    Read More

    Friday, April 8, 2016

    Liga Perdana 2016- Sabah Vs KL Sime Darby-08.04.2016-

    3:51 PM
    Liga Perdana 2016- Sabah Vs KL Sime Darby-08.04.2016-
    Assalammualaikum....


    sumber google 
    VS
    sumber google 
    Malam ni Sabah Vs KL Sime Darby untuk Liga Perdana 2016...Harap-harap Sabah mampu mengulang kejayaan menang buat kali pertama menentang ATM baru-baru ni...

    Kami perlukan kemenangan lagi...Belum pernah Sabah Menang Liga Perdana di tempat sendiri..Chayok2 Sabah.

    Go Sabah Go....
    Read More

    Penulis Novel PA LELAKI KEREK Tinggalkan KOmen

    1:00 PM
    Penulis Novel PA LELAKI KEREK Tinggalkan KOmen
    Assalammualaikum....

    Haritu MV ada buat review pasal NOvel Pa LELAKI KEREK....biasalah kaki novel..lepas baca mesti nak buat review kan....best kah tak kah....banyak kali dah buat review  pasal novel...tak sangka kali ni penulis novel PA Lelaki Kerek tinggalkan komen di entry yang MV buat...


    Eliza AB penulis novel yang juga penulis blog Bila kata Hati Menulis ..terus MV follow blog beliau...terharu sebenarnya bila penulis itu sendiri membaca entry yang kita buat dan tinggalkan komen .....

    terima kasih sudi baca blog MV
    Rasa macam dihargai pula ...terima kasih atas komennya 
    Read More

    Happy Birthday Love

    7:00 AM
    Happy Birthday Love
    Assalammualaikum....

    happy birthday love
    08.04..birthday my lovely husband...welcome to 3 series...semoga abang dikurniakan kesihatan yang sempurna.Dimurahkan rezeki dan terus bahagia bersama kami #SuzyHaikalAyuWaniMimi

    semoga abang terus bersabar dengan karenah kami..kami sayang babah...
    Read More

    Thursday, April 7, 2016

    Oh! MY Baby

    8:30 AM
    Oh! MY Baby
    Assalammualaikum...
    sumber google
    Oh! My Baby rancangan realiti keibubapaan(**iya kot) dari Korea...ditayangkan setiap hari sabtu di channel one hd 393 astro ....jam 8.40 malam(**lebih kuranglah)...memang suka tengok ni sejak syamimi jadi peminat setia rancangan ini...
    sumber google
    rancangan yang memaparkan kehidupan anak2 selebriti korea yang terpilih....ada si kembar ra hui ra yul,,ada adik kakak tae oh dan tae rin....joo ahn...dan seo woo....
    sumber google
    sebenarnya rancangan ni banyak membantu ...terutamanya bila tengok cara dorang ajar anak berdikari...cara dorang didik anak....cara displin anak.....

    sumber google
    bukan semua yang ada di televisyen itu tak elok tapi kalau di lihat dari sudut yang psitif kita akan dapat benda yang positif

    peminat setia oh my baby 
    ni dia...si kecil peminat setia oh my baby...kalau dah tengok ni dia akan diam...di tambah pula muka dia lebih kurang dengan budak2 yang ada dalam rancangan ni...anak korea sesat abang dan kakak dia bilang....hihi

    sapa yang follow rancangan ni..kita sama...
    Read More