Senarai penerima Darjah dan Pingat kebesaran Sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah - All About Love

Tuesday, October 25, 2016

Senarai penerima Darjah dan Pingat kebesaran Sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyarungkan Darjah Kebesaran Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Tengku Datuk Seri Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Abdullah pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang ke-86 di Istana Abu Bakar hari ini.

PEKAN, 24 Okt (Bernama) -- Cucunda Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Abdullah, mengetuai senarai 105 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.


Tengku Hassnal Ibrahim Alam Shah yang merupakan putera sulung Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.


Istiadat penganugerahan disempurnakan Tengku Abdullah dan turut berangkat ialah Tunku Azizah Aminah Maimunah, kerabat Sultan Pahang, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.


Turut menerima SSAP ialah 25 individu yang lain antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Pengarah T.A.S Industries Sdn Bhd Datuk Karib Shah Raja Shahrudin;


Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin, Pengerusi FELCRA Berhad Datuk Bung Moktar Radin, Pengerusi MARA Incorporated Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz,n Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Datin Latifah Mohd Tahar.


Yang lain ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Datuk Zulkefli Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Bangunan) Jabatan Kerja Raya Datuk Dr Amer Hamzah Mohd Yunus, Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Pengarah Petroliam Nasional Berhad Datuk Sharifah Sofianny Syed Hussain;


Setiausaha Politik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Syed Hamzah Syed Paie Alyahya, Presiden Prasarana Malaysia Berhad Datuk Azmi Abdul Aziz, pereka fesyen dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernard Chandran Creations Datuk R.Bernard Jayachandran serta Pengarah Eksekutif Tindakan Mewah Sdn Bhd Datuk Rayyan Joseph King.


Turut dianugerahkan SSAP Pengarah T.A.S Industries Sdn Bhd Datuk Po Kong Yee, peguam Datuk M. Ramachelvam, Pengerusi Eksekutif Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd Datuk Abdul Rashid Abdul Rahim, Pengerusi DPS Datuk Seri Sow Chin Chuan, Pengerusi Maybank Investment Bank Berhad Datuk Mohaiyani Shamsudi, Pengerusi Eksekutif Daimler Heritage Auto Garage (M) Sdn Bhd Affendi Uthrapathe Abdullah dan Pengarah Urusan Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd Nurzahidah Zolkifli.


Sementara itu, 14 individu menerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran 'Datuk' antaranya Pengarah Pembangunan Kumpulan Ikhasas Sdn Bhd Azri Aziz, CEO Trinidad Holdings Omar Mohan Abdullah, Pengarah Eksekutif KotaSas Sdn Bhd Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Tengku Abdullah, Ketua Pegawai Pentadbiran, Operasi INTAZ Tengku Madina Kamilia Tengku Kamil Ismail;


Pengarah Coffee Collective Sdn Bhd Puteri Munawarah Syamiyyah Datuk Munir, Pengarah Eksekutif Darul Makmur Security Force Sdn Bhd Tun Putera Yasir Ahmad Shah Mohamed Moiz, Pengarah Urusan Tanah Makmur Berhad Tengku Datuk Zubir Tengku Ubaidillah, Pengerusi Puspanita Pahang Datin Seri Jamaliah Zainal Abidin, peguam Datuk Mohd Arief Emran Tun Arifin dan Ketua Pegawai Operasi Gastra Sdn Bhd Ong Shin Yue.


Seramai 11 individu pula menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran 'Datuk' antaranya CEO Alam Venture Sdn Bhd Ahmad Najmi Abdul Razak, isteri Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) Puan Sri Norizan Sulaiman, isteri Duta Besar Malaysia di Indonesia Datin Seri Che Mahani Ismail;


Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Nik Rahmat Nik Taib, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri Muhamad Sade Mohamad Amin, juruiring Perdana Menteri SAC Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, CEO Escaperoom Holdings Sdn Bhd Datuk Patrick Ong Kee Seng;


Ketua Jabatan Perkhidmatan Akademik Program Kanada Sunway College Roslee Yahaya, Pengarah Tindakan Mewah Sdn Bhd Redzuan Zainuddin dan Pegawai Protokol Diraja Madinah Arab Saudi Abdulaziz Ahmad Saleh Al-Maliki.


Seramai 53 individu pula dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran 'Datuk' antaranya Timbalan CEO Kumpulan Johawaki Datuk Mohd Nor Hisham Mohd Nordin, Pengarah Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd Datin Norzainun Zolkifli, Pegawai Kemajuan Sabah Ruji Ubi, Anggota Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dr Nasharudin Mat Isa, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Chong Yoke Har;


Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha, Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Berhad Mohamed Nasri Sallehuddin, Pengerusi MCA National Special Task Force On International Issues Dr Toh Kian Kok, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Jelapang Rezki Group of Companies Mohamed Khalid Che Wan dan Timbalan Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia K.Susila Devi.


Penerima lain ialah Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Foziah Buang, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Postal dan Kurier Pos Malaysia Berhad Azlan Shahrim, Pengurus Kelab Golf Diraja Pahang Mejar (B) Bernard Lee, CEO Teknologi Depository Agency Mejar (B) Zailani Zainuddin;


CEO Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd Abd Ghani@Zulkifli Zainuddin, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang Dr Norlizan Mohd Noor, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri MITI Mohd Fauzan Sunawan, Presiden Kebangsaan Persatuan Pengundi Wawasan Malaysia Mohd Firdaus Abdullah, Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman SAC Abdul Rahim Abdullah;


Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Bukit Aman SAC Azisman Alias, Presiden Komunikasi Yayasan Victoria Institution Old Boys Association Mohd Irwan Rizal Mohd Ali, Pagawai Khas Timbalan Menteri MITI Shahruddin Ahmad, Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Norazah Mohd Nordin;


Pengarah Perladangan TH Plantations Berhad Radin Rosli Radin Suhadi, Setiausaha Akhbar Menteri Pendidikan Mohd Razman Yaacob, Ketua Pegawai Operasi Public Bank Berhad Sulaiman Abd Manap, bekas Ketua Pasukan Hoki negara Mirnawan Nawawi, Bendahari UMNO Pekan Ahmad Rahimi Abdul Samad, CEO Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd Yap Soh Ching;


Penasihat Gerakan Amal Prihatin Malaysia Hamgi Ramli, Pengarah Rizalman Ibrahim Couture Sdn Bhd Rizalman Ibrahim, Pengerusi Koperasi Peserta-peserta FELCRA Nalaysia Berhad Rodzuan Zaaba dan Naib Ketua UMNO Pasir Gudang A. Rahim A.Latiff.


-- BERNAMA

tahniah Datuk  Ruji Bin UBi
MV ucapkan tahniah kepada semua penerima pingat terutamanya Pegawai Kemajuan Sabah Ruji Ubi . Beliau merupakan bekas bos MV.Tahniah Datuk Ruji Bin Ubi.Alhamdulillah semoga terus berjaya.

Beliau merupakan bekas CEO @Pengarah Awam Esscom sebelum menjadi Pegawai Kemajuan di Pejabat Pembangunan Persekutuan  Negeri Sabah.Tahniah sekali lagi

1 comment: