Antalogi mistik jembalang - All About Love

Saturday, April 15, 2017

Antalogi mistik jembalang

Assalammualaikum
24577427

Antalogi mistik jembalang ada 4 cerita mistik yang penuh saspen dan kejutan...

1.runcing -zharulnizam Shah Z.A = "dalam kembara mistik yang cukup mendebarkan antara pertarunganhaq lawan batil"

Mengisahkan masih ada lagi masyarakat yang mempercayai  dan mengamalkan benda/kerja syirik seperti ilmu hitam...Di mana orang2 kuat beragama  menjadi mangsa dan lawannya..

2.bidadari pencabut nyawa-riduan judin "darah dan hati kamu pasti akan menambah kejelitaanku!"

Berkisarkan kehidupan penduduk d ranau yg dihantui oleh 2 rogon yg membunuh semua manusia yg memasuki hutan nusawungu..Rupa2nya ianya adalah dendam si orang bunian yang ingin membalas dendam terhadap kematian suaminya yg mati dihempap pokok hasil pembalakan haram..

3.Penunggu rumah pasung-jessy mojuru"rumah pasung ini menyimpan 1001 rahsia. Hanya dia dan temannya yang tahu"

Kisah sekitar kota marudu Sabah mengisahkan zaidi yang dianggap gila apabila dia mula lupa siapa dia sebenarnya selepas satu tragedi berlaku ke atasnya..Dia mengulangi kejadian yg berlaku 2 tahun seblmnya demi mengingat kembali rahsia tentang dirinya..tapi bila sdh terungkai semuanya..dia dianggap gila

4.tetamu siang-ramlee awang mursyid"awas aku akan mencabut nyawa kalian bila siang menjelma  tanpa belas kasian.."

"dendam antara manusia dgn jembalang..liau gantua si dukun yg bersahabat jembalang yg bernama suaka.... Sehingga menyebabkan perpecahan Antara penyokong liau gantua dan salleh bekas iman...
Adi anak salleh menjadi pembunuh di alam jembalang sehingga digelar tetamu saing.yg mana akhirnya dendam itu berterusan hingga ke cucu ...(**best kita mau tau siapa tetamu siang..apa kesudahan suaka?)

Memang terbaiklah buku ni..nda rugi baca...nampak minat baca genre begini sudah mari

2 comments:

  1. Mula2 berkira2 jugak nak baca ke tak entry ni malam2 bila tengok tajuk tu. Hehe

    Ouh, antalogi ni penulis dia lain2 eh?

    ReplyDelete
  2. Memang best kan MV.. Sha suka keempat-empat cerita ini..

    ReplyDelete