All About Love: Beaufort Sabah
Showing posts with label Beaufort Sabah. Show all posts
Showing posts with label Beaufort Sabah. Show all posts

Monday, February 22, 2016

Ice Cream House Kukut,Beaufort Sabah

1:00 PM
Ice Cream House Kukut,Beaufort Sabah
Assalammualaikum...
wani posing sebelum makan 
Hujung minggu MV balik kampung MV di Beaufort Sabah sebab kakak MV buat akikah untuk anaknya ...baru-baru ni viral di facebook...Ice Cream House Kukut,Beaufort Sabah....kawan2 semua update bestnya makan ice cream di ice cream house yang terletak di Kampung kukut beaufort.

Kebetulan kenal dengan pemiliknya walaupun tak rapat..dan gerai ni berdekatan dengan rumah datuk MV...banyak jenis ice cream yang dijual di sini 

image
Sumber SINI
So ahad bila bapa MV bawak ke rumah datuk MV untuk beli pisang mentah....pisang mentah untuk  buat tempahan kerepek pisang masin dan kerepek pisang chese...maka MV dan suami teruslah singgah d gerai ni...


ice cream pasu untuk syamimi
MV order 2 ice cream pasu dan 1 ice cream kelapa ....ice cream pasu untuk syamimi dan wani.ice cream kelapa untuk Mr Velentine....MV tak order sebab ingat boleh kongsi dengan syamimi....oh ya ice cream kelapa ni free segelas air kelapa....

Tapi syamimi taknak bagi Mama dia makan..hahaha...ini kali kedua dia datang makan ice cream kat situ..sebelum ni masa CNY dia ikut mak dan adik MV...betullah dorang cakap syamimi x nak bagi ice cream tu kat org...

image
Sumber SIni 
Lepas sdh siap..MV tapau sikit ice cream untuk haikalayuwani dan anak2 buah MV....harga yang MV bayar tak sampai RM20.00 pun...kat gerai ni pun ada jual NAsi Ayam Penyet....ayam dia pergh memang besar,,sambal pun mantop gitu...

Orang2 sabah area berdekatan dengan Beaufort boleh lah singgah ke Ice Cream House Kukut,Beaufort Sabah..MV jamin kamu puas hati..dan nak datang lagi....
Read More