All About Love: ost cinta jannah
Showing posts with label ost cinta jannah. Show all posts
Showing posts with label ost cinta jannah. Show all posts

Wednesday, September 25, 2013

Puas HAti Ker dengan Ending Cinta Jannah

9:40 AM
Puas HAti Ker dengan Ending Cinta Jannah
Assalammualaikum..

Masih lagi dengan drama cinta jannah yang dah habis semalam...pergi cafe tadi semua cakap endingnya gantung aka potongSTIM...iyalah dah kita ni kena tunggu 9 tahun baru dapat tengok jannah dan izaryl bersama kembali...

Sedikit gantung kenapa pulak tiba2 tengku mami lumpuh tiba2..hehehe...Jom baca sinopsis episod akhir cinta jannah semalam dari sudut pandangan MV...jom baca..

Jannah & damia selamat melahirkan anak di hospital & tarikh yang sama...dan kebetulannya juga izaryl mengazankan & men'qamatkan kedua2 anak tersebut...tanpa mengetahui bahawa bayi perempuan itu adalah anaknya sendiri...

9 tahun berlalu....damia masih tinggal di rumah izaryl kerana dia tidak diterima ibubapanya kerana mengandung anak luar nikah...dan dia tinggal demi untuk menjaga tengku mami yang lumpuh(**ntah tiba2 jer lumpuh)

Akhirnya jannah & izaryl bertemu di sekolah tempat arman sekolah yang mana cikgu adalah bonda wanita yang menjaga jannah semasa jannah mengandung..pertemuan yang menyedihkan bagi MV tapi ditambah dengan ego mereka berdua..

Damia & tengku mami datang ke rumah jannah untuk meminta maaf & untuk memujuk jannah kembali kepada izaryl...watak jannah di peghujung ni agak keras hati juga MV tengok tapi akhirnya terpujuk jua bila tengku mami merayu dengan memluk kaki jannah..

Doa izaryl dimakbulkan bila jannah kembali dalam hidupnya dan mereka hidup bahagia bersama arman & trisya(**kalau salah maaf yea)...

Begitulah ending cerita cinta jannah semalam tapi kan..nape takde cerita jannah dengan ayah & kakaknya...kan best kalau jannah diterima semula oleh ayah & keluarganya....Sebab tue MV cakap ceta ni gantung aka potong stim...

Malam ni ganti cinta jannah Love You Mr. Arrogant.Macam best tapi pelakon perempuan nya tak berapa nak kenal pula..hehehe...

Dan MV tinggalkan kamu semua dengan ost cinta jannah bertajuk tidak tidak nyanyian ery putra


TABUNG HAW



Read More

Tuesday, September 24, 2013

Cinta Jannah Last Episod

3:04 PM
Cinta Jannah Last Episod
Assalammualaikum...

sumber dr Google

Cinta Jannah last hari ni..MV & family mmg dok berkumpul tengok ceta ni..jangan tak tau yea my Hubby pun peminat setia drama ni...katanya sweet..hohoho..dalam hati ada taman juga cik abg MV ni..

MV pula tertarik dengan watak izaryl...mengidamkan baby boy katakan..hahaha tapi kalau yg keluar baby girl pun MV terima seadanya...Tertarik dengan jalan cerita drama ni yang menampilkan watak kakak yang jahat & membenci adiknya sendiri..watak Balqis(Reen Rahim) dan ayah yang memilih kasih ...huhu

Semalam ceritanya izaryl dah ceraikan damia..tapi bila tengok sedutan episod akan datang confius juga sebab depa still bersama lagi...kesian kat jannah...huhu...paling sedih bila Izaryl cakap"ini mungkin sudah takdirnya sebab dia gunakan cara yang sama untuk berkahwin dengan jannah iaitu dengan menipu yang dia sudah menodai jannah",,,

Tak sabar nak tgu episod malam ni...dengar khabar endingnya sedih..alah tak mau lah sedih2...nak yang happy ending macam teduhan kasih....huhu....dek kerana drama cinta jannah ni..MV tersuka dengan lagu misha omar  angin syurga yang jadi OST cinta jannah..


Jom layan lagu angin syurga dr misha omar buat kamu semua yang meminati drama cinta jannah..

Tabung HAW







Read More