All About Love: pembantu perpustakaan
Showing posts with label pembantu perpustakaan. Show all posts
Showing posts with label pembantu perpustakaan. Show all posts

Thursday, April 28, 2016

Karangan Cita-Cita Saya

7:30 AM
Karangan Cita-Cita Saya
Lucu baca ni
Assalammualaikum....

Karangan cita-cita saya,,mesti kamu ingat kan dulu-dulu time sekolah rendah cikgu suruh buat karangan cita-cita saya.Masa tu ramai yang tulis mau jadi cikgu,pegawai bank,polis,doktor,peguam,artis.

MV ingat lagi..masa tue MV tulis mau jadi kerani bank...hahaha..nampak tak..nampak ..punya lah cita2 yang low jak...dan bila HaikalAyu ada task yang sama untuk karangan bahasa melayu dorang,nampaknya ada seseorang yang follow MV...

Abang haikal buat dia mau jadi peguam,supaya dapat beli rumah besar,melancong,bawa mama babah jalan...

Tapi paling nda sangka My Ayu Syamirah buat Cita-cita dia mau jadi Pembantu perpustakaan.Kerja yang MV buat selama 9 tahun.Tergelak bila baca.Tapi dalam masa yang sama ada sedikit bangga dengan anak gadis MV ini...

Nampak macam annoying tapi rupanya dalam diam dia menjadi mama dia ni sebagai idola...Dan dalam hati "ok selama 9 tahun ni aku memang berjaya lah menjalankan tugas sebagai Pembantu Perpustakaan sebab anak aku sendiri mau jadi macam aku"

Menjadi seorang pembantu perpustakaan itu mungkin nampak lucu bagi sesetengah orang..Tapi bagi Mama...Kakak cuba lah usaha yang terbaik...Sebab masuk government ni tak senang....

Semoga cita-cita anak MV tercapai.Amin.Ini mungkin cita-cita dorang masa 9 tahun.Nanti kita tengok tahun akan datang.Biasalah pandai berubah2 itu cita2




Read More