All About Love: siti rosmizah
Showing posts with label siti rosmizah. Show all posts
Showing posts with label siti rosmizah. Show all posts

Monday, May 15, 2017

Review: Lafazkan Kalimah Cintamu

10:17 AM
Review: Lafazkan Kalimah Cintamu
Assalammualaikum...
No automatic alt text available.
Mv bagi 5 Bintang 
Tengku Aqilah seorang anak yang dahagakan kasih seorang ayah.Seorang adik yang dambakan kasih seorang kakak..dan seorang isteri yang dibenci suaminya sendiri.

Bagaimana seorang anak dibenci oleh ayahnya kerana dituduh menyebabkan kematian ibunya sendiri.Dituduh merampas kekasih hati kakak kandung sendiri.

Membesar tanpa kasih sayang keluarga menjadikan hari Tengku aqilah dingin dan tak berperasaan. Yang mana akhirnya membuatkan hati ayahnya lembut menerima aqilah dalam hidupnya.

Namun bukan semudah itu, dikala dia mengapai bahagia si suami pula berubah...berusaha dia menawan hati suaminya namun tak berjaya..Dikala dia disahkan mengandung dan pada masa yang sama menghidap kanser payudara dia merasakan kisah hidupnya akan seperti arwah ibunya....

Kedinginan layanan dari sang suami dan permintaan si suami..akhirnya 2 berita besar itu disorakkan tanpa pengetahuan Ku Ryan...kehilangan si isteri membuka mata ku Ryan...

Namun semuanya sudah terlambat..isteri yang dibenci kini menghilang dan menderita...Kesudahan yang agak menarik dan saspen bagi MV ...

So korang kena baca ,,,walaupun ni bukan novel baru penulis siti ROsmizah tapi ianya boleh buat anda ketawa marah dan berendam air mata


Start baca 08.05.2017 ...habis pada 14.05.2017


Read More

Friday, December 16, 2016

Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung ( OST 7 Hari Mencintaiku )

12:00 PM
Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung ( OST 7 Hari Mencintaiku )

Assalammualaikum....

7 hari mencintaku...drama adaptasi novel... yang menjadi sebutan ramai..MV mula2 tak follow ceta ni..terus jer beli novel and baca...baca sehari jer dah habis..part awal memang geram baca..sakit hati dengan Mia Arissa..

Watak anak orang kaya yang sombong ..walaupun sudah diisytihar bankrap dan ditinggalkan tunang..masih tidak boleh menerima Khuzairi sebagai suami..Khuzairi berkahwin dengan mia atas permintaan arwah ayah mia...

Bermula kehidupan Mia di kampung..tanpa diterima oleh Mak Leha(Ibu tiri Khuzairi) ...ego Mia...gangguan dari Khalil...bekas tunang...kebencian  dari mak mertua..kelembutan khuzairi yang sentiasa mengalah apabila melibatkan ibunya..

Bila baca novel ni kan...part selepas mia berubah tue yang menyedihkan sangat2 touching...geram pula dengan mak leha yang jahat mulut...syukurlah watak pak samad itu mendamaikan...

sapa yang sudah baca novel ni..mesti tau macam mana kesedihan yang dialami mia di part2 akhir novel ni....ternyata hasil tulisan Siti Rosmizah ni memang menyentuh jiwa ....
Read More