All About Love: zizan dan emma maembong
Showing posts with label zizan dan emma maembong. Show all posts
Showing posts with label zizan dan emma maembong. Show all posts

Friday, April 26, 2013

Ibu Zizan Berkenan Juliana Evans

11:51 AM
Ibu Zizan Berkenan Juliana Evans
Assalammualaikum

Ni sambungan daripada entry INI..dan tadi pagi baca Berita harian ada pula cerita pasal Ibu Zizan..Dan MV kongsikan dengan kamu sedikit ceritanya..

Zizan bawa rakan wanita bertemu ibu 

Ketika ditanya pandangannya mengenai gosip cinta membabitkan pelakon Mael Lambong itu pula, Anai memaklumkan, dia tidak pernah campur tangan dalam soal membabitkan teman hidup anak bujangnya. 

Mengaku cukup akrab bersama anaknya, Anai turut mendedahkan Zizan pernah membawa pulang beberapa wanita ke rumah, untuk diperkenalkan kepadanya, termasuklah dua pelakon wanita berwajah Pan Asia, Juliana Evans dan Emma Maembong. 

Namun menurut Anai, Emma sudah dikenalinya sejak dua tahun lalu apabila finalis kategori Artis Baru Wanita Popular itu itu berkunjung ke rumahnya ketika Hari Raya. 

“Saya tidak kisah siapa pun wanita yang menjadi pilihan Zizan, sama ada artis ataupun orang biasa. Malah, dari mana asal gadis berkenaan pun bukannya hal utama. Semuanya terpulang kepada Zizan untuk menentukan. Paling penting, bakal isterinya harus memahami kerjaya Zizan yang sentiasa sibuk, dan wanita terbabit juga tidak boleh mudah rasa cemburu. 

Berkenan dengan Juliana Evans 

“Setiap kali mengenali seseorang wanita, memang menjadi kebiasaan Zizan membawa temannya untuk bertemu saya. Namun saya faham perangai anak saya, selalunya hubungannya tidak lama. 

“Saya tidak pernah campur tangan dalam setiap perhubungannya, cuma Zizan seolah-olah boleh membaca perasaan saya. Jika ada wanita yang saya rasakan tidak serasi di jiwa, Zizan seperti boleh hidu dan biasanya hubungan itu tidak bertahan. 

“Buat masa ini pula dia belum memberitahu saya, siapa teman wanitanya. Cuma sepanjang memperkenalkan beberapa wanita kepada saya, saya berkenan dengan Juliana. Tetapi saya tahu, kasih sayang yang wujud antara mereka tidak lebih sekadar teman rapat,” katanya. 


Untuk baca lebih lanjut KLik SINI..Siapa pun pilihan Zizan MV harap dia bahagia...**PSSTTT tiba2 gosip pasal cinta zizan kembali hangat,,gegege,,,,

Kalau betul Zizan sudah ada teman istimewa semoga Zizan bahagia,,,,kalau nak kawen..Smsm MV okewyy(MIss banu jangan marah)..tapi zizan tau ker no Hp MV???
Read More