All About Love

Friday, April 26, 2013

Gwiyomi Versi FBI

11:39 AM
Gwiyomi Versi  FBI
Assalammualaikum..


Semakin ramai yang buat Video gwiyomi..nora danish,wawa zainal...dan semalam FBI,,MV bergwiyomi just di rumah jer..hahaha..cukuplah untuk anak2 terhibur..

DEngar2 Budak BOBO parody Sayang nak buat Gwiyomi esok 27.04.2013..mcm mnlah gaya nya tue ar??adakah Se"Cute" atau pun Se"comel" kak TON????hahaha

Tunggu dan lihat jelah kan...OK Skg ni layan lah Gwiyomi FBI yang lawak ni....

Read More

Terdelete Komen!!

11:14 AM
Terdelete Komen!!
Assalammualaikum..

Aduyai...MV terdelete komen untuk entry2 semalam..aduyai ingatkan terpulish rupanya terdelete..Sorry sangat....Ada 86 komen yang MV terdelete....Baru ingat nak balas jejak mereka tadi..aiya apa dah jadi ni...

Sorry sangat2...MV akan cuba balas mana yang MV ingat...adui yang MV tau SHida,Naniey,Jaa Kechik,GSF dan yang komen semalam..MV minta maaf tau..huhu..agak binggung dan kalut hari ni...

Maaf ok..

Read More

Drama Ariana Mikhail

10:23 AM
Drama Ariana Mikhail
Assalammualaikum..

Cerita bermula di Paris, France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston, London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti, hubungan mereka rapat seperti abang dan adik. Dalam percutian itu, Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris daripada Amerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia.

Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.

Jamil meminta maaf bagi pihak Mikhail, kerana mereka baru sahaja sampai bercuti di Paris. Ariana boleh sedikit berbahasa Peranchis mengingatkan Jamil agar menjaga tingkah laku Mikhail. Bagi membalas budi,Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail mengingatkan Jamil jangan buang masa sebab kalau nak gadis melayu balik ke Kuala Lumpur nanti mereka akan bertemu ramai. Jamil menasihatkan Mikhail jangan bongkak nanti dia akan tergila-gilakan Ariana. Tetapi Mikhail ketawakan kata-kata Jamil serta menyuruh Jamil saja mengorat Ariana sekiranya dia berminat.

Bak kata orang tua-tua, “Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang.” Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta.

Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana. Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris.

Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail…(credit untuk SINI)



**Cerita ni main tahun lepas kat TV9..skg main kat TV3 ...MV suka cerita semalam tengok sebab Nora danish berlakon..dan yang penting ada sharnaaz...haha sejak bila minat Sharnaaz ni MV....

Ada yang pernah tengok ceta ni..al-maklumlah orang takde astro so bila TV3 ulang balik ambil lah peluang untuk tengok...dan paling suka lagu OST drama sedang apa dan di mana dari Sammy Simorangkir...
Read More

Jadual Perlawanan Liga Perdana Malaysia 26.04.2013

8:30 AM
Jadual Perlawanan Liga Perdana Malaysia 26.04.2013
Assalammualaikum..

Pos Malaysia Vs Kedah-4.45 ptg
Perlis Vs SPA putrajaya-4.45 ptg
Sabah Vs Sime Darby-4.15 ptg
Johor FA Vs NS Betaria-4.45 ptg
PDRM Vs Kuala Lumpur-4.45 ptg
Uitm Vs Sarawak-4.45 ptg

Jadual perlawanan liga perdana Malaysia pada 26.04.2013...semua perlawanan berlangsung pada sebelah petang iaitu sepak mula paada 4.45 petang kecuali sabah Vs Sime darby yang bermula pada 4.15 petang..

Mungkin sebab takut gelap...lampu kan tak lulus(**lulus sudah kah itu lampu stadium likas???)..apapun chayok2 untuk sabahawks...sime darby tue kuat o....chayok2x
Read More

Jadual Perlawanan Liga Super 26.04.2013

7:00 AM
Jadual Perlawanan Liga Super 26.04.2013
Assalammualaikum...

Terengganu Vs Negeri Sembilan-4.45 ptg
ATM vs PKNS-8.45 mlm
Pahang Vs Felda-8.45 mlm

Tiga perlawanan bola sepak liga super akan berlangsung hari ni melibatkan 6 pasukan...1 perlawanan pada sebelah petang iaitu Teregganu Vs  Negeri Sembilan.

Manakala dua lagi perlawanan akan memulakan sepak mula pada 8.45 malam...pastinya MV tak tengok pun perlawanan ni sebab kalau hari jumaat TV1 takde live bola...maklumlah rumah MV takde astro...

Deqla tanya MV tengok bola kat mana???MV kalau ada live tengok lah..kalau tak tengok update kat blog atau Facebook Sukan Star jer...

Dan yang pastinya game malam ni MV tak dapat tengok kecuali MV balik kampung sebab di kampung ada Astro..harap persoalan tue terjawab...

MV tak tengok tapi MV akan update keputusan penuh untuk idkongsikan bersama kamu semua walaupun kamu bukan kaki bola...hehehe
Read More

Selawat Syifa

12:00 AM
Selawat Syifa
Assalammualaikum..


Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammadin, 
tibbil qulubi wa dawaaaeiha, 
wa `afiyatil abdaani wa shifaaaeha, 
wa nuril absari wa diyaaeiha, 
wa'ala alihi wasohbihi wabarikh wasallim..

Sama-sama kita alunkan selawat syifa di pagi jumaat yang penuh keberkatan ini.Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadaNya.

Read More

Thursday, April 25, 2013

Seratus Kali -Axl

8:00 PM
Seratus Kali -Axl

Assalammualaikum...


Seratus kali kau benci padaku
Seribu kali ku suka kepadamu
Seratus kali kau marah padaku
Seribu kali ku sabar sikapmu
Seratus kali kau sayang padaku
Seribu kali ku suka kepadamu
Seratus kali kau setia padaku
Seribu tahun kau ku tunggu
Akan ku pertahankan
Cinta ini Untukmu selamanya
Di hatiku biarpun beribu datang menggodaku
Takkan ku hiraukan
Percayalah kasih janjiku ini
Akan ku sunting dikau menjadi milikku
Bertakhta bahagia di mahligai indah
Seratus kali kau benci padaku
Seribu kali ku suka kepadamu
Seratus kali kau marah padaku
Seribu kali ku sabar sikapmu
Bagaikan rembulan menemani malam
Seumpama hadirmu diibaratkan
Menerangi hidupku
Yang dulu dalam kegelapan
Kau bawakan sinar penuh pengharapan
Dalam hidupku yang mengharapkan
Setulus kasihmu mengharumi taman cinta
Akan ku pertahankan
Cinta ini Untukmu selamanya
Di hatiku biarpun beribu datang menggodaku
Takkan ku hiraukan
Percayalah kasih janjiku ini
Akan ku sunting dikau menjadi milikku
Bertakhta bahagia di mahligai indah
Seratus kali kau benci padaku
Seribu kali ku suka kepadamu
Seratus kali kau marah padaku
Seribu kali ku sabar sikapmu
Seribu kali ku sabar sikapmu(sumber dari SIni)

**MV dengar lagu ni masa lunch dengan hubby tengahari tadi..terus tersuka lagu ni..ini entry ke-3 yang ada lagu...hehehe..memang mood jiwang ni hari..APTB(Apa pun tak boleh..hahaha)..jadi layankan jer lah kejiwangan MV ni






Read More